Lee Kwang Soo datang Malaysia untuk ‘Running Man Challenge’

oleh Hanisah Zubir, Mallisa Saila dan diubahsusai oleh dauswq.


Selepas kedatangan Song Jihyo pada awal bulan October yang lepas, kali ini rakan seperjuangannya pula turut datang ke Malaysia iatu Lee Kwang Soo. Kali ini Lee Kwang Soo kembali untuk rancangan yang dikelolai oleh 100plus Malaysia iaitu ‘Running Man Challenge’.
Kedatangan Lee Kwang Soo di sambut meriah di Paradigm Mall pada 26 November juga bersama-sama 4 lagi artis tempatan iaitu Aida Jebat, Ajak Shiro, Saharul Ridzwan dan Hairul Azreen.

Pelbagai soalan telah diajukan kepada Lee Kwang Soo, antaranya adalah dengan siapa beliau sering keluar bersama. Penonton bersorak kuat menyebut nama Song Joong Ki. Kwang Soo ketawa kecil dan mengatakan bukan sahaja dengan Song Joong Ki tetapi dengan rakan-rakan running man yang lain.


Ditanya mengenai makanan Malaysia kesukaan Lee Kwang Soo, makanan yang disukainya ialah satay. Lee Kwang Soo mentertawakan penonton yang hadir apabila dia tanpa segan dan silu melakukan gaya seolah-solah sedang mengunyah satay daripada lidi. Tambahan lagi, Lee Kwang Soo mengakui baru sahaja makan satay untuk ‘lunch’ sebentar tadi.

Kehadiran Lee Kwang Soo ke Malaysia walaupun untuk kali kedua pada tahun ini, tetap disambut meriah oleh para-para peminat beliau. Penulis sewaktu dalam perjalanan ke Paradigm Mall, telah di tanya oleh pemandu teksi mengenai artis manakah yang hadir pada hari tersebut memandangkan perjalanan teksi ke Paradigm mall pada awal pagi bermula dari pukul 8 lagi penuh dengan orang.

Lee Kwang Soo seperti biasa tidak pernah mengecewakan para peminat dengan memberikan ‘fan service’ yang tiptop. Setiap kali nama beliau di panggil oleh peminat, tidak kira ceruk sudut mana sekalipun, Kwang Soo tetap memberi ‘respons’ dengan membalas lambaian peminat semula sambil menunjukkan icon love dengan jari yang makin membuatkan para penonton bertambah sorak. Yang pastinya tidak lekang lansung senyuman daripada Lee Kwang Soo ini. Walaupun berlaku beberapa perkara yang tidak dijangka, antaranya apabila ‘smartphone’ Ayda Jebat yang dirampas pihak sekuriti semasa artis-artis terbabit ingin berselfie dengan Kwang Soo, Kwang Soo tetap bersahaja berselfie bersama mereka selepas itu. Lee Kwang Soo menyatakan dia sangat berbesar hati untuk datang lagi ke sini.

Foto dikreditkan pada Running Man Challenge 100 Plus
loading...