Selepas muncul bersama dalam drama Yumi’s Cells pada tahun 2021, kini Ahn Bo Hyun ditemukan semula dengan Park Ji Hyun. Mereka akan bersatu semula untuk muncul dalam drama “Chaebol X Detective” (tajuk kerja).
Pada 15 November, SBS mengumumkan bahawa drama untuk slot Jumaat-Sabtu yamg akan datang “Chaebol X Detective” akan ditayangkan pada Januari 2024 dan mengesahkan Ahn Bo Hyun Park Ji Hyun sebagai teraju utama.
Drama Flex x Cop mengisahkan Jin Yi Soo (Ahn Bo Hyun), generasi ketiga sebuah keluarga konglomerat yang memilih untuk menjadi detektif polis. Bukan sahaja bergantung pada kecerdasan dan kebolehan fizikalnya, Yi Soo menggunakan wang dan hubungannya untuk menangkap penjenayah.
Yi Soo kemudiannya digandingkan dengan Lee Kang Hyun (Park Ji Hyun), seorang detektif veteran yang lulus dari akademi polis serta menjadi ketua pasukan wanita pertama di Jabatan Jenayah. Dia dikenali sebagai seorang yang gila bekerja dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugasnya.
Sebagai seorang detektif , Kang Hyun mempunyai kemahiran penyiasatan dan sosial serta pemikiran yang luar biasa. Namun, bukan mudah untuk dia menyesuaikan diri dengan Jin Yi Soo, yang kini menjadi pasangannya.
Drama ini diarahkan oleh Kim Jae Hong, individu penting di sebalik drama “My Love Eun Dong” dan “Steal Heart”. Sementara itu, skripnya itu dihasilkan oleh Kim Bada, penulis skrip drama “My Name” dan secara tidak langsung drama ini menjadi titik pertemuan semula buat Ahn Bo Hyun serta Kim Bada.
“Chaebol X Detective” ditetapkan untuk ditayangkan pada Januari 2024.
Sumber : 1