Nampaknya Park Min Young akan kembali menghiasi skrin kecil dengan drama terbaru selepas drama terakhirnya “Love in Contract” pada 2022.
Pada 25 Oktober, produksi drama “Marry My Husband” mengesahkan barisan pelakonnya termasuk Park Min Young, Na In Woo, Lee Yi Kyung, Song Ha Yoon, Lee Gikwang dan Gong Min Jung.
Drama ‘Marry My Husband’ merupakan drama terbaru tvN yang diadaptasi daripada webtoon popular dengan tajuk yang sama oleh penulis Sung So Jak. ‘Marry My Husband’ ialah sebuah drama yang mengisahkan tentang kisah balas dendam seseorang yang bernama Kang Ji Won kerana suami dan kawan baiknya berlaku curang serta cuba membunuhnya.
Park Min Young akan memainkan watak Kang Ji Won, seorang wanita yang mempunyai perwatakan yang penyabar dan baik hati. Selepas dibunuh oleh suami dan kawan baiknya, dia tiba-tiba mendapati dirinya kembali semula ke masa 10 tahun yang lalu saat dia membuka mata dan ini adalah titik mula untuk kehidupan keduanya. Kang Ji Won juga bersiap sedia untuk misi balas dendam terhadap suami dan kawan baiknya. Penonton sangat menjangkakan perubahan Park Min Young kerana dia akan menggambarkan perubahan wataknya Kang Ji Won ketika dia menerima peluang kedua dalam hidup.
Na In Woo akan melakonkan watak Yoo Ji Hyeok, seorang lelaki kacak dan bijak yang sentiasa mempertimbangkan sesuatu sebelum bertindak. Malangnya, dia selalu gagal dalam hal cinta. Dalam diam, Yeo Ji Hyeok menyukai Kang Ji Won. Walaupun cintanya tidak berbalas, dia sentiasa ada dan ikhlas dalam membantu Kang Ji Won. Na In Woo menimbulkan jangkaan ramai untuk saksikan perubahannya menjadi Yoo Ji Hyeok, yang mungkin menjadi penyokong terbesar Kang Ji Won.
Lee Yi Kyung akan memainkan watak Park Min Hwan. Suami Kang Ji Won yang curang dengan kawan baiknya sebelum dia kembali ke masa lalu. Dia mempunyai perwatakan yang cukup pentingkan diri sendiri dan tidak mempunyai perasaan terhadap isterinya. Park Min Hwan berpendapat bahawa isterinya harus melakukan segala-galanya di rumah dan menganggap hanya dia yang paling penting dalam perhubungan.
Song Ha Yoon akan memainkan watak kawan baik Kang Ji Won, Jung So Min. Dia mempunyai watak yang penuh dengan pembohongan. Dia kelihatan baik di khalayak ramai tetapi dia mempunyai personaliti yang buruk di dalam.
Lee Gikwang akan memegang watak sebagai chef popular dan kacak Baek Eun Ho yang mempunyai sejarah bersama Kang Ji Won dan Jung Soo Min. Satu perkara yang menarik untuk watak Lee Gikwang ialah tindakan yang akan diambil oleh Baek Eun Ho selepas bertemu semula dengan Kang Ji Won, cinta pertamanya dari sekolah menengah.
Gong Min Jung akan melengkapkan barisan pelakon dengan transformasinya menjadi rakan sekerja Kang Ji Won, Yang Joo Ran. Dia akan menghadapi perubahan apabila bertemu dengan Kang Ji Won dalam kehidupan keduanya.
Penulis skrip ‘Awaken’, Shin Yoo Dam akan bekerjasama dengan pengarah Park Won Guk, yang telah mengarahkan ‘Special Labor Inspector’ dan ‘Poong, the Joseon Psychiatrist’, untuk menghasilkan adaptasi ini. “Marry My Husband” dijadual untuk ditayangkan pada 1 Januari 2024.
Sumber : 1 | 2