Dianggap tak professional serta dikecam sebab batal konsert di New York & beri fan service yang kurang baik, ini respon agensi Lee Seung Gi

Baru-baru ini, Lee Seung Gi berdepan dengan kecaman serta kritikan daripada ahli komuniti Korea Amerika di A.S kerana tidak menghormati peminatnya di sana serta telah memberikan ‘fan service’ yang dianggap tidak ikhlas.

Pada 30 Ogos, penyanyi itu mengadakan konsertnya di Atlanta sebagai sebahagian daripada siri jelajah AS pertamanya. Selepas terbang dari Los Angeles pada 26 Ogos, Lee Seung Gi dilaporkan membatalkan lawatannya ke beberapa restoran Korea di Atlanta, yang telah dipersetujui terlebih dahulu melalui mesej teks KakaoTalk dengan syarikat pengurusan siri jelajah AS, Hugh Entertainment.

Menurut laporan, Lee Seung Gi dikhabarkan akan melawat tiga restoran untuk memberikan gambar dan tandatangan untuk peminatnya sebagai imbalan restoran itu menaja konsertnya dan menyediakan makanan untuk seluruh krew.

Penyanyi itu dilaporkan gagal memenuhi komitmennya dengan membatalkan rancangan disaat akhir, dengan alasan kesihatan yang tidak mengizinkan atau “mengalami keadaan fizikal yang tidak stabil.” Tiga restoran yang dijadual akan dikunjunginya menyuarakan rasa tidak puas hati mereka kerana pembatalan itu adalah pada saat-saat akhir, “mengakibatkan kekecewaan besar para peminatnya.” Bagaimanapun, ia tidak pasti sama ada keputusan itu dibuat oleh Lee Seung Gi sendiri atau syarikat pengurusannya.

Kami tidak merangka kontrak atau apa-apa, tetapi kami terus berhubung dengan pengurusan Korea Lee Seung Gi melalui KakaoTalk dan melalui telefon sejak sebelum dia meninggalkan Korea lagi. HUMANMADE juga meminta butiran kami yang menaja. Bagi pihak kami, Hugh Entertainment memberitahu Lee tentang bilangan gambar yang kami mahu dan maklumat lain.

Banyak yang kami sediakan untuk lawatannya. Tetapi dia membatalkan lawatan ke ketiga-tiga restoran pada hari itu. Kami tidak diberi sebarang notis. Dia menyalahkan keadaannya yang tidak sihat dan tidak memunculkan dirinya. Pembatalan Lee mengecewakan peminat Korea di A.S yang ingin melihatnya di restoran.

Sekiranya dia berfikir panjang dan bertimbang rasa tentang peminatnya di Atlanta, perkara seperti ini tidak akan terjadi. Kami tak faham kenapa dia batalkan semua jadual lawatannya. Kami dah promisikan siri jelajahnya di sini  berdasarkan apa yang dipersetujui oleh pengurusannya dan kami. Kami tidak boleh duduk diam tanpa sebarang penjelasan yang lengkap dan tertanya-tanya juga apakah dia tidak memikirkan perasaan serta harapan peminatnya  Korea Amerika di Atlanta apabila sewenang-wenangnya membatalkan jadualnya.

— Pemilik Restoran/ Penaja Konsert

Selain itu, Lee Seung Gi juga dilaporkan telah menolak tawaran untuk menginap di bilik suite Hilton Embassy Suite di kawasan Koreatown Atlanta di Duluth, dengan menyatakan bahawa hotel itu “bukanlah setaraf dengan statusnya.” Dilaporkan bahawa dia telah berpindah ke hotel lain bersama CEO syarikatnya dan lembaga pengarah, yang menyebabkan kakitangan lain membuat pelarasan tambahan.

Hugh Entertainment, selaku penganjur acara untuk jelajah AS Lee, juga mendakwa bahawa pembatalannya pada saat-saat akhir adalah tidak dijangka.

Dia membatalkan saat-saat akhir, yang meletakkan kami dalam keadaan tersepit dan sukar. Kami menerima banyak aduan daripada penaja konsertnya tentang perubahan jadual yang mendadak. Dalam pada itu, kami memohon maaf kepada penaja termasuk pemilik restoran yang membantu mempromosi konsertnya.

Daripada apa yang kami lihat, kami tidak perasan apa-apa tentang keadaan Lee. Kami diberitahu pada hari itu bahawa dia tidak akan makan di restoran. Selain itu, apabila dia tiba di Hotel Hilton yang kami tempah untuknya, dia langsung tidak turun dari kenderaannya. Dia akhirnya pergi ke hotel lain tanpa memberi kami sebarang penjelasan.

— Hugh Entertainment

Tidak lama selepas itu, agensi Lee Seung Gi menjawab—menjelaskan bahawa tempahan itu tidak rasmi dan, sebagai pengurusan, kesejahteraan Lee diutamakan.

Ya, terdapat persetujuan yang diperkatakan bersama bahawa Lee Seung Gi akan melawat restoran itu, tetapi ianya lebih kepada bahawa dia akan berusaha untuk menyelaraskan lawatan itu. Selepas penerbangannya [ke Atlanta] ditangguhkan beberapa kali, kami memutuskan untuk mengutamakan persembahan dan lebih baik dia memberi tumpuan untuk mengekalkan keadaan yang baik untuk konsert itu.

— HUMANMADE

Media juga turut melaporkan bahawa konsert Lee Seung Gi di Atlanta hanya dihadiri oleh 949 daripada 2,800 tempat duduk yang tersedia di Pusat Seni Persembahan Cobb Energy di Atlanta. Daripada jumlah ini, hanya 499 adalah jualan biasa, manakala selebihnya adalah percuma.

Lee Seung Gi kemudian membatalkan konsert di New York City yang dijadualkan pada 2 September. Agensinya di Korea menyebut alasan itu sebagai “keadaan tempat yang tidak strategik” dan mengelak daripada mendedahkan butiran tambahan. Bagaimanapun, media melaporkan kemungkinan penjualan tiket yang sangat rendah menjadi punca.

Pada 4 September, agensi Lee Seung Gi itu mengeluarkan kenyataan seperti berikut berkenaan dengan kontroversi yang melanda:

Hello. Ini HUMANMADE

Ini adalah pendirian kami mengenai konsert artis kami Lee Seung Gi di Amerika Syarikat.

Pertama, kami ingin memaklumkan kepada anda tentang kontroversi perkhidmatan layanan peminat (fan service). HUMANMADE dan Lee Seung Gi tidak pernah bersetuju dengan sebarang bentuk pertemuan peminat diadakan di restoran itu. Hubungan restoran [sebagai] penaja dijalankan oleh agensi persembahan tempatan. Selain itu, kami langsung tidak mengetahui butiran kontrak antara mereka, dan kami ingin memaklumkan anda bahawa artis dan agensi kami langsung tiada kaitan dengannya, terutamanya dalam aspek kewangan.

Kami menyatakan kekesalan kami kerana [laporan] berniat jahat seumpama itu cuba merosakkan reputasi artis dengan melabelkan beberapa kakitangan dan kenalan mereka yang berada di restoran pada hari itu sebagai mereka yang mewakili semua warga Korea yang tinggal di Amerika Syarikat.

Lee Seung Gi sentiasa berterima kasih kepada peminat yang datang ke konsertnya dan peminat yang sentiasa menunjukkan minat dan menyokongnya. Agensi kami dan Lee Seung Gi akan terus melakukan yang terbaik untuk mengelakkan sebarang salah faham dengan peminat. Terima kasih.

Sebelum ini pada bulan Mei, Lee Seung Gi memulakan siri jelajah “The Dreamer’s Dream – Chapter 2”. Semasa lawatannya di A.S., dia telah membuat persembahan di Los Angeles pada 26 Ogos dan Atlanta pada 30 Ogos. Walaupun konsert dijadualkan berlangsung di New York/New Jersey pada 2 September, acara itu dibatalkan kerana isu dari pihak venue. Semoga semua pihak dapat duduk semeja berbincang secara telus bagi menyelesaikan permasalahan ini agar semuanya berakhir dengan baik.

Sumber : 1 | 2 | 345 | 6

loading...