SM Entertainment kongsi update terkini keadaan Johnny, Jaehyun & Jungwoo NCT selepas berdepan kecederaan semasa penggambaran iklan

Tiga ahli NCT telah mengalami kecederaan semasa penggambaran iklan.

Pada 9 Disember, agensi NCT SM Entertainment mengeluarkan kenyataan tentang Johnny, Jaehyun, dan Jungwoo yang mengalami kecederaan selepas struktur gim hutan terjatuh ketika mereka sedang menjalani penggambaran iklan.

Baca kenyataan penuh di bawah:

Hello.
Ini adalah untuk membuat pengumuman kepada peminat mengenai kecederaan Johnny, Jaehyun, dan Jungwoo NCT.

Hari ini, Johnny, Jaehyun dan Jungwoo mengalami kecederaan apabila struktur gim hutan terjatuh semasa penggambaran iklan mereka. Mereka dikejarkan ke hospital sejurus selepas kecederaan dan sedang menjalani ujian dan rawatan tetapi akan memerlukan pemeriksaan terperinci. Kami akan mengumumkan keputusan ujian terperinci setelah peperiksaan selesai.

Oleh yang demikian, Jungwoo tidak dapat menghadiri siaran MBC ‘Music Core’ sebagai MC pada 10 Disember. Jika terdapat perubahan jadual pada masa hadapan, kami akan mengumumkannya dalam notis berasingan.

Kami memohon maaf kerana menimbulkan kebimbangan kepada peminat yang pastinya terkejut dengan berita ini. Kami akan mengutamakan rawatan artis kami dan melakukan yang terbaik untuk proses pemulihan mereka.

Terima kasih.

Dalam kenyataan susulan, SM memohon maaf kerana tidak dapat berkongsi penjelasan terperinci tentang kecederaan ahli. Mereka menambah, “Pada set iklan mereka, terdapat insiden apabila struktur gim hutan yang dipanjat oleh ahli Taeil, Johnny, Jaehyun, dan Jungwoo, runtuh. Di antara empat anggota itu, Taeil tergelincir dan terjatuh dan nasib baik dalam keadaan sederhana. Memandangkan dia berasa tidak selesa, dia menyatakan hasratnya untuk berehat dan tidak pergi ke hospital, jadi dia kini berehat selepas pulang ke rumah. Jika terdapat gejala berlaku dikemudian hari, kami merancang untuk membawanya menerima rawatan hospital dengan segera.”

Pada 10 Disember, SM Entertainment sekali lagi berkongsi tentang keadaan terkini mengenai ahli NCT Johnny, Jaehyun, dan Jungwoo selepas mereka berdepan dengan kemalangan runtuhan diset penggambaran iklan mereka. Berikut adalah kenyataan SM Entertainment:

Hello.

Ini adalah pengumuman berkaitan Johnny, Jaehyun, dan Jungwoo NCT.

Selepas kemalangan pada 9 Disember semasa penggambaran iklan mereka, Johnny, Jaehyun, dan Jungwoo menjalani pemeriksaan terperinci di hospital. Kami bersyukur dengan keputusan pemeriksaan kerana ia tidak menunjukkan apa-apa yang serius selain lebam kecil dan mereka semua telah pulang ke rumah. Walau bagaimanapun, kami akan menjadikan kesihatan ahli keutamaan kami dan mereka bercadang untuk berehat supaya tiada kesan sampingan berlaku.

Oleh itu, kami telah memutuskan untuk menangguhkan jadual prarakaman NCT 127 untuk ‘2023 SMTOWN LIVE : SMCU PALACE @KWANGYA’ yang telah dirancang pada 13 Disember. Pada masa hadapan, memandangkan kami pandang serius akan kestabilan dan pemulihan ahli, kami bercadang untuk buat pengumuman lain setelah jadual diselaraskan semula, jadi kami meminta pemahaman anda.

Terima kasih.

Empat ahli NCT ini kini sedang bersiap untuk membuat kemunculan semula pada Januari 2023 dengan album repackaged “2 Baddies” NCT 127.

Semoga Johnny, Jaehyun, Jungwoo dan Taeil cepat sembuh!

Sumber : 1 | 2

loading...