Lizzy atau nama sebenarnya Park Soo Young, bekas ahli ‘After School’ ini telah menggusarkan netizen dengan mesej seakan-akan mahu mengambil tindakan yang ekstrem di dalam hidupnya.
Pada 10 Mac 2022, Lizzy mengemaskini laman instagramnya dengan gambar karakter animasi ‘The Little Mermaid’. Lizzy menukilkan,”Hayatku, Annie Yong” yang ditafsirkan oleh netizen sebagai, “Selamat tinggal hayatku” berikutan perkataan ‘Annie Yong’ yang berbunyi seperti ‘Selamat Tinggal’ atau ‘Hello’ di dalam bahasa Korea.
Mengimbau kisah lalu di mana Lizzy pernah dihukum memandu dalam keadaan mabuk, netizen menyuarakan kebimbangan mereka di ruang komentar. ‘Camne dengan hidupmu, agak sukar ke?’ ,’Aku risau pula bila dia buat hantaran sebegini’, antara komen netizen yang dapat dilihat.
Walaubagaimanapun, Lizzy cepat-cepat memperbetulkan salah faham tersebut. “Aku rasa korang tafsir agak berbeza daripada apa yang aku nak sampaikan. Ini salah faham. Ariel dari ‘The Little Mermaid’, merupakan karakter animasi kegemaranku dan aku muatnaik gambar kerana dia sangat cantik,” ujar Lizzy.
Pada Mei 2021 lepas, Lizzy telah dijatuhkan hukuman denda kerana melanggar teksi dari belakang setelah didapati memandu secara memabukkan.
Sumber: newsis