Susulan ditangkap memandu mabuk, netizen mahu Bae Sung Woo digugurkan dari drama SBS Delayed Justice

Bae Sung Woo hari ini bakal didakwa kerana memandu dalam keadaan mabuk.

Polis menahan pelakon berbakat itu sekitar November lalu di atas dakwaan melanggar undang-undang jalan raya setelah mendapati kandungan alkohol di dalam darahnya sudah cukup untuk membolehkan lesen memandunya dibatalkan. Bae Sung Woo didapati telah memandu dalam keadaan mabuk di Sinsa-dong, Gangnam, Seoul selepas keluar minum bersama kawannya.

Bae Sung Woo hari ini membuat permohonan maaf dengan menyatakan adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mengaku salah dan tiada alasan untuk mengelakkan diri. 

Susulan dengan itu, netizen mendesak Bae Sung Woo digugurkan dari drama SBS Delayed Justice dan jika tidak berbuat demikian, mereka akan memboikot drama berkenaan. Ia berikutan lakonan Bae Sung Woo sebagai wartawan bernama Park Sam Soo di dalam drama itu yang akan menegakkan keadilan walau apa jua cabaran menanti. Bae Sung Woo berlakon di samping Kwon Sang Woo di dalam SBS Delayed Justice.

Jurucakap SBS yang dilaporkan berkata, “Ya kami memang berbincang tentang perkara berkenaan sekiranya penonton tidak selesa dengannya. Namun, belum ada keputusan mengenainya lagi.” SBS Delayed Justice yang hanya berbaki 4 episod lagi, bakal menamatkan siaran sepenuhnya dengan episod 12 bakal ditayangkan pada hari Sabtu ini.

Sumber: sisanews

loading...