Menjelang hari ‘debut’ yang sama, DRIPPIN & P1Harmony saling bertempur raih sokongan peminat

Image may contain: 13 people, text that says 'vs 10.28 -DAY DRIPPIN P1Harmony'

DRIPPIN dan P1Harmony akan membuat penampilan pertama mereka di dalam industri kpop bermula 28 Oktober 2020.

Kedua-dua kumpulan kpop ini mengadakan sidang media di dua lokasi yang berbeza pada hari ini dengan DRIPPIN terletak di Blue Square iMarket Hall, Itaewon, Seoul manakala P1Harmony pula terletak di Olympic Park, Songpagu, Seoul. DRIPPIN dan P1Harmony masing-masing di bawah naungan Woolim Entertainment dan FNC Entertainment.

Namun, berkongsikan hari ‘debut’ yang sama tidak menghalang DRIPPIN dan P1Harmony saling bertempur untuk meraih sokongan peminat masing-masing.

Sidang media DRIPPIN dihadiri kesemua anggota: Hyeop, Yunseong, Changuk, Dongyun, Minseo, Junho, dan Alex.

Bercakap dengan sidang media, Cha Jun Ho, bekas ahli X1 dan kini bersama DRIPPIN ini berkata, “Saya sudah tunggu begitu lama untuk debut. Agak ketakutan tapi teruja untuk tahu aktiviti kami di masa hadapan macammana.” Selain Cha Jun Ho, kesemua ahli DRIPPIN kecuali Alexander Vincent Schmidt (Alex) pernah menyertai Produce X 101 sebagai pelatih sebelum tersingkir awal.

Hwang Yoon Sung berkata, “Saya rasa macam nak hancurkan pentas ini,” manakala Kim Dong Yoon pula menyambung, “Ketika memang bersiap-sedia untuk debut, kali ini kami betul-betul buat. Sampai terasa lagi bila berdiri di sini.”

“Saya tak sabar nak cipta memori bersama kawan-kawan di sini,” kata Joo Chang Wook. Alex, maknae kepada DRIPPIN, pula mencelah, “Saya gembira bersama ‘hyung’ di sini.” Akhir sekali, Kim Min-seo pula berkata, “Momen sebegini macam satu impian.”

DRIPPIN bermaksud ‘dingin’, yang bakal menerajui muzik, fesyen dan trend masa kini. ‘Boyager’ dijadikan album ‘debut’ mereka dengan enam buah lagu dimuatkan sekali termasuklah “Boyager”, “Nostalgia”,”Overdrive”,”Shine”,”물들여” dan “빛”. Untuk menonton MV ‘Boyager’, boleh lihat di sini bermula jam 5 petang ini. Persembahan ‘debut’ showcase mereka pula bermula jam 7 petang ini.

—————————————————————————————————————————————————————————————————————————————

Persembahan showcase P1Harmony dihadiri oleh kesemua anggota: Keeho, Theo, Jiung, Intak, Soul, dan Jongseob.

Sementara itu, P1Harmony mengadakan persembahan ‘showcase’ serentak dengan sidang media di atas talian.

Bercakap tentang impian mereka, Theo mendedahkan P1Harmony mahu merebut gelaran anugerah rookie terbaik pada tahun ini. “Ia adalah objektif pendatang baru (seperti kami). Sesuatu hadiah yang diterima sekali saja seumur hidup, saya betul-betul nakkannya,” kata Theo. Manakala Soul (satu-satunya ahli yang berbangsa Jepun) pula yang mahu bergelar Hero Pentas berkata, “Saya mahu dipanggil Hero Pentas supaya dapat persembahkan macam hero di atas pentas.”

Menceritakan album mini ‘debut’ mereka ‘DISHARMONY: STAND OUT’ dan filem yang dihasilkan mereka, ‘P1H (P1H): The Beginning of a New World’, Jiung menjelaskan, “Ia adalah gabungan Kpop dengan Kmovie. Saya leburkan album ini, berserta persembahan ke dalam filem ini. Suatu cabaran baru yang mampu memperkenalkan identiti kumpulan kami.” Manakala, Jongseob pula berpendapat bahawa kesemua ahli akan menerajui penceritaan dan mesej yang mahu disampaikan ke dalam utopia P1Harmony.

“Lagu ‘Siren’ bunyi macam hero. Saya terlibat sebagai penulis liriknya, dan saya lebih suka kalau orang mendengar lirik dengan penuh tekun,” tambah Intak pula.

MV Siren boleh ditonton bermula jam 5 petang hari ini.

Sumber: moneytoday, ytn

loading...