“Tiada bukti bahawa kejadian pukul (OKU pekak oleh Youngjae) pernah berlaku” – JYP ancam untuk tindakan menyaman

Image may contain: 1 person, closeup

JYP mengeluarkan kenyataan baru lagi mengenai kontroversi Youngjae pernah memukul budak OKU satu ketika dulu selepas berjumpa dengan penuduh tersebut.

Kenyataan tersebut dikeluarkan sebaik saja hantaran oleh netizen tersebut dipadamkan daripada laman komuniti forum.

“Kami sudah berjumpa dengan individu itu. Walaupun penulis itu mendakwa Youngjae pernah memukulnya, dia tak dapat buktikan dakwaan itu pernah berlaku. Oleh sebab itu, kami akan mengambil tindakan tegas (saman) terhadap cubaan memfitnah artis jagaan kami tanpa bukti dan khabar angin yang tak berasas,” kata jurucakap agensi tersebut.

Serentak dengan itu juga, sebilangan netizen mengatakan penuduh itu berdusta kerana sengaja mahu menjatuhkan reputasi GOT7 ketika mahu melakukan ‘comeback’ album dalam masa terdekat ini. “Terbukti dia menipu,” kata mereka selepas melihat penuduh tersebut bersemuka dengan wakil JYP dan kemudian memadamkan hantaran penuh kontroversi tersebut.

Sumber: SBS FunE allkpop

loading...