Lee Si Eon gesa hukuman mati dikenakan kepada pembuli homofobik dari sekolah menengah sehingga mengakibatkan mangsa terkorban

Image may contain: 1 person, text

Lee Si Eon menyatakan sokongan padunya terhadap petisyen menuntut bela akan kematian seorang pelajar lelaki kerana dibuli oleh rakan sekelasnya yang sama jantina, sehingga menyebabkan mangsa mengalami radang pankreas akut dan seterusnya meninggal dunia.

Menurut satu laporan tempatan, polis sedang menyiasat kes seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun yang tinggal di asrama sekolah menengah Jeollanam-do, didapati akhirnya meninggal dunia setelah mengalami radang pankreas akut akibat kemurungan dibuli teruk oleh empat orang rakan sekelasnya. Malah, mangsa telah diejek dengan kata-kata ‘homofobik’ selain dipukul teruk oleh mereka.

Berikutan kelambatan pihak berkuasa menyiasat kes pelajar tersebut, ibubapa mangsa mendakwa pihak sekolah sengaja menyembunyikan kes berkenaan dengan melaporkan mangsa mati kerana perbuatannya yang tidak betul. Kes berkenaan mendapat perhatian netizen dengan petisyen ditujukan buat Blue House telah pun meraih 190,000 bilangan pensain setakat ini. Lee Si Eon yang memandang berat terhadapnya lantas menggesa hukuman mati dikenakan ke atas pembuli ‘homofobik’ itu.

Lee Si Eon kini membintangi drama KBS Men Are Men bersama Hwang Jung Eum dan Yoon Hyun Min.

Sumber: anewsa

loading...