Himchan B.A.P kembali selepas 2 tahun, mohon untuk dimaafkan atas dakwaan salah laku seksual

Image may contain: one or more people

Himchan B.A.P mengemaskinikan laman instagramnya buat pertama kali sejak dua tahun yang lalu.

Himchan sebelum ini pernah didakwa di mahkamah atas kesalahan berkelakuan tidak senonoh ke atas oleh seorang wanita “A” sewaktu sedang keluar minum di rumah tumpangan pada Julai 2018. Himchan menerusi peguamnya menafikan dakwaan wanita berkenaan dan menegaskan ia perbuatan suka sama suka antara mereka. “Kami mengaku Himchan pernah mengucup dan menyentuh payu daranya, tetapi tak de yang lebih teruk daripada itu,” jawab peguam Himchan sewaktu perbicaraan di mahkamah.

Dalam pengakuan dibuat di instagram hari ini, 16 Julai 2020, Himchan menyatakan dia begitu rindukan dambaan peminatnya sejak hampir dua tahun tidak mengemaskininya. “Saya memiliki hati yang jahat kerana cerita yang dimanIpulasikan daripada fakta sebenar sehingga saya tak sempat pun nak bernafas. Apapun, saya memohon maaf di atas kekecewaan yang dialami tak kira apa jua alasan meskipun berlawanan dengan fakta sebenar. Kita akan bertemu lagi di masa akan datang dengan perubahan yang baharu. Jumpa lagi,” katanya.

Kumpulan B.A.P dianggap terbubar selepas kesemua ahli menamatkan kontrak bersama TS Entertainment.

Sumber: instagram

loading...