Song Joong Ki dan Jeon Yeo Bin sedang meneliti tawaran di dalam drama terbaru terbitan tvN, Vincenzo.
Song Joong Ki akan membawakan watak peguam bernama Park Joo Hyung yang bertindak sebagai tuan penasihat buat penjenayah mafia Itali, Vincenzo Cassano. Beliau dibesarkan oleh keluarga yang tinggal di Itali sejak kecil lagi. Drama ini akan memulakan rentaknya apabila Park Joo Hyung kembali ke Korea dan menemui peguam ternama, Hong Cha Young yang bakal dilakonkan oleh Jeon Yeo Bin. Park Joo Hyung mahu menegakkan keadilan meskipun dengan cara yang jahat sekalipun.
Vincenzo bakal ditulis oleh Park Jae Bum (“KBS Good Doctor”, “KBS Chief Kim/Good Manager”, “SBS The Fiery Priest”) dan mendapat sentuhan sutradara Kim Hee Won (“tvN The Crowned Clown”).
“Vincenzo” is dirancangkan siarannya menjelang Disember tahun 2020 ini.
Sumber: mydaily