Blackpink pecah lagi rekod tontonan tertinggi di Youtube di dalam masa 24 jam

Image may contain: 4 people

Blackpink bakal mencipta sejarah apabila merekodkan tontonan tertinggi di Youtube di dalam masa 24 jam dengan single terbaru mereka, How You Like That.

Menurut catatan angka tontonan di Youtube sebentar tadi, Blackpink dijangka akan melepasi nilai 80 juta tontonan di Youtube dengan berbaki masa sejam saja lagi.  Blackpink pernah melakarkan rekod berkenaan selama seminggu dengan Kill This Love pada 5 April 2019 dengan tontonan sebanyak 56.7 juta sebelum dipintas oleh BTS menerusi single Boy With Luv dendangan bersama Halsey kemudian dengan tontonan sebanyak 74.6 juta.

Single yang dinamakan sebagai ‘How You Like That’ itu disertakan dengan muzik video tanpa melibatkan pelancaran album yang dijadualkan pada bulan September nanti. Ditulis oleh Teddy Park, R. Tee dan Danny Chung. ia sebuah lagu hip hop dengan saduran irama padang pasir, yang memaparkan keunikan personaliti Blackpink tersendiri serta karisma ahli masing-masing. Malah, lagu ini juga menyerlahkan suara seisi keluarga Blackpink daripada Jennie, Rose, Lisa sehinggalah Jisoo, disebalik perubahan emosi yang cuba ditonjolkan selain mesej kuat yang ingin disampaikan iaitu, “Mari kita pergi tanpa melayang-layang lagi di dalam keadaan gelap, and terbang lebih tinggi lagi”.

Muzik videonya akan membuat pendengar teringat akan lagu DDU DDU DDU DDU, ditambah lagi dengan petikan ungkapan ‘dhum drum dhum tum’ yang diulang-ulang. Sudah pasti ia sebuah lagu yang sangat dinanti-nantikan oleh peminat Blinks sejak sekian lama.

Blackpink juga terlibat sebagai rakan duet bersama Lady Gaga menerusi lagu ‘Sour Candy’ beberapa minggu sebelum ini sehingga mencipta rekod yang menakjubkan di Youtube, Spotify dan Billboard Hot 100.

Sumber: Youtube

loading...