Dikejutkan dengan kek hari jadi, Cha Eun Woo berterima kasih kepada mak dan ayahnya

Cha Eun Woo menyambut hari jadinya yang ke-22 semalam.

Penyanyi kumpulan kpop ASTRO yang memenangi Popular Rookie Actor 7th CARI Kdrama Awards atas lakonan menerusi drama jtbc My ID is Gangnam Beauty ini, telah memuatnaik dua gambarnya menerima kejutan kek hari jadi daripada seseorang sambil meletakkan kapsyen berbunyi, ” Terima kasih kepada semua mengucapkan selamat hari jadi. Saya sayangkan kamu, Mak dan Ayah.”

Diberikan jolokan ‘Face Genius’ dalam kalangan wartawan media Korea, Cha Eun Woo seringkali dipuji kerana wajah jambunya yang jelas terpancar ketampanannya selaku bergelar idol dan juga pelakon. Cha Eun Woo kini sedang membintangi program realiti tv, SBS Handome Tigers.

Sumber: instagram Cha Eun Woo

loading...