Konsert anjuran IME Malaysia itu akan berlangsung di Stadium Merdeka bermula pada pukul 7.30 malam. Untuk konsert beliau kali ini, G-Dragon akan bekerjasama dengan Pengarah Kreatif tersohor,  Willo Perron bagi memastikan perjalanan konsertnya kelak berjalan lancar. Willo Perron yang memiliki pengalaman selama dua puluh tahun telahpun bekerjasama dengan beberapa artis terkenal seperti Rihanna, Kanye West, dan Drake. Selain Malaysia, G-Dragon juga akan mengadakan konsert yang sama di 29 bandar di Asia, Amerika Utara dan juga Eropah selepas kejayaan konsert pertama beliau di Seoul.

Tiket untuk menonton persembahan G-Dragon akan mula dijual pada 29 Julai ini di Pusat Beli-Belah Cheras Sunway Velocity, bermula pukul 10 pagi hingga 3 petang. Pada hari pelancaran jualan tiket tersebut, setiap individu hanya boleh membeli 10 keping tiket sahaja dan anda berpeluang untuk memiliki sekeping poster (bilangan terhad).

#MOTTEEINKL #VIPMY #GDRAGON

Belian tiket atas talian juga mula dijual pada hari yang sama dengan melayari laman TicketCharge (www.ticketcharge.com.my). Manakala kaunter tiket terpilih akan mula menjual tiket berkenaan pada 31 Julai ni. Antara kaunter tiket terpilih yang boleh dikunjungi pembeli adalah di pusat Speedy Video, Rock Corner, Chambers Music, PJ Live Arts, kaunter pertanyaan Pusat Beli-Belah The Mines dan 1 Shamelin. Kaunter tiket turut dibuka pada warga Pahang dan Penang di Eden Ultimate (Kuantan) dan Blonde Brunette (Pulau Pinang). Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi talian 03-92228811.

Harga Tiket :

  • Rock zone – RM690 (free standing)
  • I.P – RM710 (numbered seat)
  • Cat 1 – RM590 (numbered seat)
  • Cat 2 – RM490 (numbered seating)
  • Cat 3 – RM390 (numbered seating)
  • Cat 4 – RM298 (free seating)
  • Cat 5 – RM210 (free seating)

** Kesemua harga tiket termasuk 6% GST dan tidak termasuk RM4.00 bayaran pemprosesan.

Keistimewaan Peminat /V.I.P :

Peminat yang membeli  ROCK ZONE atau VIP ticket adalah berpeluang untuk memenangi sound check passes melalui tiket barcode yang akan dipilih secara cabutan bertuah.

Jadi, rancang awal jika anda tidak mahu ketinggalan untuk menyaksikan konsert G-Dragon.

Untuk informasi terkini, sila dapatkannya melalui IME Asia (Facebook), @IME_Asia (IG), @IMEProduction(Twitter), atau @IMEProductions (WeChat).