Keempat-empat kumpulan kpop ini bersaing merebut tempat pertama di dalam carta album Gaon masing-masing untuk keluaran album terbaru mereka dengan album EP ‘Follow : Find You’ oleh Monsta X mendahului yang lain-lain.
‘Follow : Find You’ merupakan album kedua dikeluarkan oleh Monsta X untuk tahun ini selepas album studio, ‘Take.2 We Are You’. ‘Follow : Find You’ memuatkan 8 buah lagu, dengan ‘Follow Me’ dijadikan sebagai single. Sebelum ini, Monsta X telah memukau perhatian peminat kpop di serata dunia dengan single ‘Alligator’ daripada album ‘Take.2 We Are You’. Album ‘Follow : Find You’ berjaya mencatatkan jualan sebanyak 185,573 unit jauh mengatasi album ‘Purpose’ dendangan Taeyeon yang direkodkan sebanyak 154,258 unit telah terjual, menurut data Gaon. Walaubagaimanapun, Taeyeon tetap unggul sebagai pemegang rekod sepanjang dekad sebagai artis solo perempuan pertama dengan jualan melebihi 100k unit untuk album-album keluarannya.
Sementara itu, Monsta X turut mengatasi Super M yang menangguhkan promosi album baru mereka di Korea sehinggalah pada minggu lepas dan juga, Winner dengan album EP ‘Cross’ yang masing-masing sekadar selesa berada di tangga ke-3 dan ke-4. Album ‘Super M’ meraih 153,590 unit manakala album ‘Cross’ pula merekod jualan sebanyak 85,888 unit.
Dalam perkembangan berlainan, AKMU, duo beradik popular jatuh sedikit di tangga ke-3 setelah berada di tangga teratas selama empat minggu berturut-turut. Meskipun begitu, AKMU tetap memegang takhta carta digital, download dan streaming sekaligus membuktikan gelaran antara lagu terbaik tahun 2019 itu bukan saja-saja diberikan. Lagu dendangan MC Mong, ‘Fame’ dan Taeyeon, ‘Spark’ masing-masing dinobatkan pemegang tempat pertama dan kedua untuk carta single pada minggu ini.
Sumber : gaon, newsen, topstarnews