Park Ji Min, bekas duo 15& yang baru mengumumkan pembubarannya daripada kumpulan itu beberapa bulan lepas, mengancam mahu membuat aduan di atas gangguan seksual yang acapkali diterimanya menerusi DM (mesej peribadi) di dalam laman instagram-nya.
“Dari pembedahan plastik sehinggalah ke payu daraku, yang mana aku tak pernah pun sesekali lakukan apa yang mereka bagitahu dalam DMs. Ia termasuklah sesiapa saja yang suka-suki hantar foto tubuh sendiri dan mahu bersenggama serta membandingkan payu daraku dengan satu buah ini. Aku akan adukan kesemuanya,” ugut Park Jimin setelah tidak boleh lagi menerima gangguan seksual berkenaan. Gangguan seksual itu diterimanya selepas memuatnaik beberapa buah gambar (di bawah) sedang melakukan senaman.
Park Jimin telah pun mengeluarkan single terakhirnya bersama JYP berjudul ‘Stay Beautiful’. Beliau akan bergerak solo secara bebas selepas ini.
Sumber: xsportnews