Drama “Vagabond” dan siri jelajah Asia ‘Fanmeeting’ Lee Seung Gi masing-masing buat peminat begitu teruja

KUALA LUMPUR, 26 SEPTEMBER 2019 – Salah satu topik drama yang paling banyak dibincangkan pada hujung minggu lalu, “Vagabond” mendapat maklumbalas yang positif selain menerima pujian cemerlang untuk adegan aksi sinematik yang terperinci, berkualiti tinggi dan professional. “Vagabond” memulakan tayangan perdananya pada 20 September lepas dan biarpun baru sahaja dua episode ditayangkan, penonton nampaknya teruja untuk menantikan episode berikutnya. Teraju  drama ini Lee Seung Gi dan Bae Suzy menjadi salah satu faktor utama kekuatan “Vagabond” kerana watak yang di bawakan mereka mendapat perhatian para penonton, sekaligus mereka begitu teruja untuk Lee Seung Gi VAGABOND VOYAGE> Asia Fanmeeting Tour yang berlangsung di Bangkok (19 Oktober), Singapura (26 Oktober) dan Kuala Lumpur (30 November).

Baca juga : Selepas 7 tahun, Lee Seung Gi tidak sabar untuk kembali ke Malaysia demi bertemu para peminat

“Vagabond” menyaksikan kedua-dua teruju utama ini disatukan kembali dalam tempoh 6 tahun selepas membintangi drama bertemakan sejarah dan fantasi, “Gu Family Book”. Kali ini, mereka bergandingan dalam drama bertemakan aksi dan melodrama yang mengisahkan Cha Dal-gun (lakonan Lee Seung Gi), seorang stuntman berpengalaman yang cuba mendedahkan kebenaran mengenai tragedi sebuah pesawat yang telah membunuh kesemua 211 penumpang, termasuk anak saudara kesayangannya. Semasa mencari kebenaran berkaitan tradegi itu, dia mengetahui tentang konspirasi tersembunyi di sebalik kemalangan pesawat yang membawa kepada kes rasuah berskala besar.

Selepas tayangan perdananya, “Vagabond” telah merekodkan lebih 1.78 juta penonton diseluruh Korea berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Nielsen Korea, sekaligus mencatatkan tontonan tertinggi dalam slotnya diseluruh rangkaian tv awam. Untuk pengetahuan, rating tontonan melonjak naik ketika aksi penuh debar watak lakonan Lee Seung Gi melawan pengganas. Episode kedua terus mencatat rating tontonan yang baik sekaligus mengekalkan tempat pertama drama TV yang paling ramai ditonton pada slot tayanganya. “Vagabond” boleh ditonton menerusi Netflix setiap Jumaat dan Sabtu pada jam 22.00 KST dan peminat di Malaysia boleh menonton selepas satu jam tayangannya di Korea.

Lee Seung Gi akan mengadakan pertemuan dengan peminat luar negara sempena Asia Fanmeeting Tour <VAGABOND VOYAGE> dengan siri jelajah akan datang di Bangkok, Singapura dan Kuala Lumpur yang dianjurkan serta diuruskan oleh IMC Live Global. Peminat pastinya akan bergembira kerana ianya menjanjikan persembahan yang tidak akan dilupakan disetiap lokasi di mana pelakon kesayangan ramai ini akan berkongsi cerita mengenai pengalaman pengambaran drama “Vagabond” selain akan menghiburkan anda dengan nyanyian serta aksi pelbagai sepanjang Fanmeeting berlangsung. Siri jelajah ini akan menjadi penanda ulangtahun ke-15 Lee Seung Gi sejak debut pada tahun 2004. Ini menjadikan ianya alasan yang cukup istimewa untuk para peminat meraikan hari bersejarah itu bersama selebriti pujaan ramai ini.

Jangan lepaskan peluang untuk turut menyertai 2019 LEE SEUNG GI ASIA FAN MEETING <VAGABOND VOYAGE> di BANGKOK, SINGAPURA & KUALA LUMPUR! Tiket untuk Fanmeeting di Kuala Lumpur boleh didapati melalui ejen tiket serantau iaitu AirAsia RedTix (https://airasiaredtix.com/tickets/lsgmy) serta platform tiket TicketCharge (http://bit.ly/VbvklTC). Semua pemegang tiket VIP layak untuk sesi HI-TOUCH dengan Lee Seung Gi, menerima hadiah misteri dari artis tersebut  dan berpeluang memenangi cabutan bertuah berupa poster yang telah ditandatangani.

Untuk segala maklumat terkini berkaitan Fan Meeting, sila kunjungi penganjur IMC Global di Facebook IMCLiveGlobal.

loading...