“Me Gustas Tu, buddy Malaysia,” kata GFriend yang lincah, comel dan memukau!

Kehadiran GFriend untuk mengadakan konsert di Malaysia Go Go GFriend pada Sabtu 28 Jun 2019 telah memukau Buddy (peminat GFriend) di Stadium Malawati Shah Alam dengan kecomelan dan kelincahan mereka di atas pentas.

Lagu ME GUSTAS TU membuka tirai persembahan mereka pada malam itu dan telah menyelitkan lirik Bahasa Malaysia dalam lagu tersebut. Pada mulanya Buddy agak terpinga-pinga sebelum terperasan lirik “Chuaheyo” telah bertukar menjadi “Sayang Kamu” atau “Suka Kamu”. 

Lagu pembukaan Go Go GFriend yang terselit lirik Bahasa Melayu.. boleh dengar tak?

Posted by Kmania on Monday, July 1, 2019

Suasana pentas terus hidup dengan lagu LIFE IS A PARTY tapi tanpa sebarang koreografi tarian sebaliknya digunakan sepenuhnya oleh Sowon, Yerin, Eunha, Yuju, SinB dan Umji menyanyi dan bergerak bebas  keseluruhan pentas sambil berinteraksi dengan Buddy. Bila muzik lagu VACATION bermula, tanpa berlengah lagi mereka menyusun gerak tarian koreografi yang comel dan lincah lalu membuatkan Buddy terus terpukau.

Selepas itu mereka berhenti untuk menarik nafas lalu berkomunikasi dengan Buddy. Kebolehan mereka untuk bercakap dengan gaya santai amat mengagumkan. Perbezaan bahasa bukan penghalang lagipun ada penterjemah. 

“Selamat datang ke GFriend Asia Tour”

“I’m happy to meet you guys”

“AKU SUKA KAMU!”

“Selama 7 jam penerbangan kami untuk bertemu dengan korang tau tapi tak penat pun”

“Sebabnya ini adalah konsert pertama kami di Malaysia jadi kami sangat teruja dan berdebar-debar”

“Tak sangka ramai yang hadir dalam konsert ini”

Nomu nomu TERIMA KASIH”

“Korang tau tajuk konsert ni Go Go GFriend kan?” 

“Ini bermakna kami nak bawa korang berlari bersama kami”

“Macam mana? Teruja tak?”

“Kami bagi hints sedikit apa yang korang akan saksikan nanti, iaitu persembahan yang berbeza sehingga korang tertanya-tanya betul ke GFriend ni?” 

“Tapi tak bolehlah bagi spoiler kena tunggu”

“Banyak yang kami telah praktis supaya semua seronok dan enjoy”

“Sebab ini kali pertama jadi kami benar-benar berharap korang akan balik dengan memori indah”

Mereka terus bersinar dengan membawakan lagu GLOW. Selepas itu mereka menjadi sangat manis bila menggunakan keseluruhan pentas sambil menyanyikan lagu TRULY LOVE dengan pentas yang dihiasi dengan prop candy dan lolipop. Bila dah betul-betul mencintai tentulah pergi bertemujanji di cafe jadi LOVE IN THE AIR iaitu tajuk lagu seterusnya. Lagu ini disampaikan dengan menjadikan kerusi dan meja seperti di cafe sebagai prop koreografi tarian mereka.

Selepas itu klip video berserta mesej dari setiap ahli dipaparkan di skrin sementara menunggu persembahan seterusnya. Babak seterusnya persembahan GFriend menampilkan imej yang seksi kecomelan dan lebih lincah dengan lagu LOVE WHISPER. Pada masa ini fanchant dari Buddy sangat jelas kedengaran dengan suara fanboy. Seterusnya mereka membawakan lagu WINDY WINDY. Selepas itu mereka memperlahankan kelincahan mereka dengan membawakan lagu YOU ARE MY STAR dan A STARRY SKY dengan paparan lirik di skrin jadi membolehkan Buddy nyanyi bersama. Di akhir lagu tersebut sebelum meninggalkan pentas untuk babak seterusnya, sempat mereka mengucapkan TERIMA KASIH sambil melambai-lambai.

Skrin terus memaparkan klip-klip video yang menceritakan dan melakonkan apa terjadi jika mereka menjadi Sub-Unit A dan dan Sub-Unit B. Di sini dipaparkan sisi komedi dan lawak mereka terutama semasa bahagian praktis menyebut perkataan DAEBAK dengan bersemangat tetapi hanya bunyi yang comel dan lemah gemalai yang kedengaran.

Comelnya .#GFRIEND #GGG#GFRIENDASIATOUR #GFriendinKL #GFRIENDinMY #GFRIENDASIATOUR2019 #MacpiePro #Sowon #Yerin #Eunha #Yuju #SinB #Umji #여자친구 #Buddy

Posted by Kmania on Saturday, June 29, 2019

Seterusnya Sub-Unit A (Yerin, Eunha dan Umji) memulakan persembahan dengan outfit comel dress warna merah jambu bak patung mainan dengan lagu SHY BOY. Kerana kecomelan ini nama Hug Hug dipilih sebagai nama Sub-Unit A. Untuk Sub-Unit B (Sowon, Yuju, SinB) yang lebih garang dengan imej harimau bintang dan menggunakan nama World Peace membawakan lagu MONDAY BLUES.

Kemudiannya GFriend kembali berenam di atas pentas dan menukar lagi outfit yang lebih matang dengan mendendangkan lagu YOU ARE NOT ALONE dan kembali dengan tarian rancak penuh bertenaga sambil membawakan lagu ONLY 1 dan  L.U.V.

Mereka sekali lagi berinteraksi  dengan Buddy dengan bertanya SARONO KA? (seronok kah?) dan bertanya pendapat Buddy tentang Sub-Unit mereka tadi sambil memperkenalkan diri dengan membahagikan kumpulan mereka sebagai Hug Hug dan World Peace. Mereka turut menceritakan tentang lagu tersebut merupakan lagu mereka yang pertama tetapi tidak dapat dikeluarkan kerana berbeza dengan konsep mereka tetapi Buddy bertuah kerana lagu tersebut dipersembahkan istimewa dan merupakan pertama kali dipersembahkan di luar Korea. 

Suasana pentas bertukar dengan sorotan lampu samar-samar yang romantik dan syahdu apabila mereka mendendangkan lagu rentak ballad iaitu ROUGH dengan penuh emosi sambil memaparkan kehebatan vokal mereka. Kemudiannya mereka dengan lincah mendendangkan lagu FLOWER GARDEN pula. Nyanyian lagu seterusnya adalah SUNRISE dimana Buddy turut menyanyi dan fanchant bersama. Suasana turut bertambah-tambah hangat dan cerita dengan sorakan dan nyanyian Buddy terutama apabila Buddy mula menyedari dalam lagu TIME FOR THE MOON NIGHT ada lirik lagu juga telah ditukar ke Bahasa Malaysia.

“Bam Bam Bam Bam

SAMPAI KE LANGIT

It’s time time for the moon night

KITA BERTEMU DALAM MIMPI”

Kelincahan persembahan mereka diteruskan dengan lagu MEMORIA, FLOWER versi Korea, CRUSH + FINGERTIP dan NAVILLERA. Selepas lampu terpadam Buddy terus menjerit ‘ENCORE ENCORE ENCORE’. Sebagai lagu encore pada malam itu GFriend membawakan lagu HOPE dan  LOVE BUG.

Habis sahaja encore mereka bertanya bilakah slogan GFriend tersebut dibuat dan berkata very TERIMA KASIH. Mereka juga menyatakan bagaimana nak pulang ke Korea bila jeritan penonton sangat kuat. Selepas itu turut menyatakan lagu encore tersebut merupakan perasaan mereka kepada Buddy di Malaysia sambil berharap mesej itu sampai. Kemudiannya mereka berkata lagi walaupun kita tak bercakap dengan bahasa yang sama, Buddy tetap enjoy jadi very very TERIMA KASHI (terima kasih banyak-banyak). Mereka turut bangga kerana Buddy Malaysia begitu fasih menyanyikan lagu Korea.

Lagu terakhir dibawakan adalah COMPAS dan sekali lagi mereka menyebut SUKA KAMU!

Yang paling menarik dalam konsert Go Go GFriend ini apabila sesekali mereka akan menyebut BABY SAYANG! di antara persembahan mereka, atau mungkinkah ayat tu sebenarnya BUDDY SAYANG? Tak kisah la kan yang penting usaha mereka untuk berinteraksi dengan Buddy di stadium hari itu sangat menyentuh hati kira-kira 4,300 Buddy yang hadir. Kebolehan GFriend di atas pentas juga sangat mengagumkan dan sangat menarik perhatian.

2019 GFRIEND ASIA TOUR [GO GO GFRIEND!] di KUALA LUMPUR ini dibawakan oleh MACPIEPRO.

loading...