Raya nak menjelma, Hyolyn & mangsa bulinya akhirnya saling bermaaf-maafan

Gambar di atas tak berkenaan dengan laporan terkini.

Kebetulan seminggu lagi bulan Syawal akan menjelma, waktu ini juga umat Islam bukan saja meraikan kemenangan berpuasa, tapi juga saling bermaaf-maafan sesama sendiri. Walaubagaimanapun, Hyolyn bukanlah beragama Islam, namun inisiatif diambilnya agak kena dengan amalan yang sepatutnya dilakukan oleh umat Islam pada bulan Ramadhan ini.

Hyolyn dan mangsa bulinya telah bersemuka, dan bersetuju untuk tidak lagi memanjangkan isu buli berkenaan.

Menurut laporan Sporttvnews, kedua-duanya dikatakan menangis tersedu-sedan sambil berpelukan bersama dan saling berborak sesama mereka. Netizen yang dikatakan sebagai mangsa buli Hyolyn dan dinamakan sebagai A, menerima penjelasan daripada pihak Hyolyn dan tak mahu lagi berbuat sesuatu yang akan melukakan hati mereka berdua. Agensi mewakili Hyolyn, Bridʒ dilaporkan berkata, “Kami bersetuju untuk tarik balik tindakan undang-undang (saman) setelah pertimbangkan situasi kedua-duanya.”  Laporan media lain juga menyebut mereka telah saling bermaaf-maafan antara satu sama lain.

Sebelum ini, A telah berkongsi cerita di suatu laman forum maya bahawa dia  pernah dibuli oleh Hyolyn pada 15 tahun yang lalu. Lantaran terpadamnya hantaran asal oleh A, Bridʒ telah membuat satu kenyataan rasmi bahawa mereka tidak teragak-agak mahu membuat tindakan saman terhadapnya. Namun, A tetap tak berputus asa lalu membuat hantaran baru di ruang komentar sebuah artikel, mengatakan bahawa Hyolyn tiada kesungguhan untuk menemuinya dan menjelaskan kehilangan hantarannya yang asal itu adalah disebabkan alamat IP-nya telah dihalang oleh  forum tersebut.

Sumber: news1 , spottvnews

loading...