Semalam berlangsungnya Seminar Halal Kolaborasi antara Korea-Malaysia yang bertempat di Hotel Grand Millennium Kuala Lumpur. Seminar ini menyediakan ruang untuk pelabur-pelabur dari Korea Selatan untuk mendapat penilaian dan nasihat mengenai produk-produk Halal dari Korea yang bakal dipasarkan di Malaysia.
Majlis bermula dengan kata-kata aluan dari Duta Korea Selatan Di Malaysia, Dr Toh yang menyuarakan kebimbangan dan usaha beliau dalam usaha untuk mewujudkan kerjasama antara dua negara ini dalam industri halal.
Kemudiannya, En. Hanisofian Alias wakil daripada Perbadanan Pembangunan Industri Halal memberi penjelasan mengenai kes-kes Syarikat Halal dan strategi-strategi untuk menggunakan platform halal di Malaysia.
Seminar ini diteruskan lagi dengan beberapa ucapan dari beberapa wakil seperti En. Ahmed Cho MinHaeng dari Korean Muslim Federation dan Datuk Nadzim Johan selaku ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia. Majlis di akhiri oleh ucapan penutup oleh En. Lee Byungwoo, selaku Ketua Pengarah KOTRA Kuala Lumpur yang menyuarakan keinginan yang kuat dan harapan untuk melakukan kerjasama antara dua negara ini dalam memperkasakan industri halal.
Bersempena dengan seminar ini, sebuah pameran akan berlangsung bermula pada hari ini, 3 April 2019 sehingga 5 April 2019 (Jumaat). Gambar produk-produk Korea akan dipamerkan di MIHAS sekitar Korea Pavilion yang terletak di aras bawah MITEC.
Anda yang berminat bolehlah memilih salah satu hari daripada ketiga-tiga hari ini untuk melawat dan mengambil gambar untuk dimuat naik ke laman sosial anda. Pemenang tempat pertama akan memperoleh hadiah tunai sebanyak RM 3,000 dan tempat kedua pula, sebanyak RM 1,500.
Ayuh semua, kita meriahkan pameran ini. Untuk maklumat lanjut boleh ikuti FB MIHAS 2019, IG MIHAS 2019, FB HALAL KOREA dan IG HALAL KOREA.