Hyuna & Hyojong (E’Dawn) kini bernaung di bawah agensi milik penyanyi PSY

HyunA dan Hyojong (E’Dawn) nampaknya telah menemui agensi baru yang bakal menguruskan aktiviti seni mereka.

Media telah diberitahu bahawa HyunA dan Hyojong telah menandatangani dengan kontrak bersama P NATION, sebuah label hiburan baru yang diasaskan oleh Psy.

Berita itu kemudian diumumkan oleh Psy sendiri, dengan memuatnaik foto dua belah tangan di mana pada ibu jari setiapnya kelihatan telah dicop dengan stamping ink berwarna merah yang membwri gambaran kontrak antara mereka telah diperakui. Gambar kedua menyaksikan mereka bertiga bergambar bersama (HyunA, Psy dan Hyojong) dengan kapsyen  “Selamat Datang.”

https://www.instagram.com/p/BtIJKT7Bqrf/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=c8r4lo3hu7t5

https://www.instagram.com/p/BtIPLonBnGb/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=1citv7ax7qmw5

HyunA dan Hyojong meninggalkan agensi mereka yang terdahulu pada 2018 selepas keduanya mendedahkan sedang bercinta. Sebelumnya, HyunA dan Hyojong dilaporkan sedang dalam proses mencari dua agensi yang berbeza untuk mengembangkan lagi kerjayammasing-masing, namun takdir menyatukan mereka kembali apabila bernaung di bawah agensi yang sama.

Apapun, kami ucapkan yang terbaik untuk  HyunA dan Hyojong!

Sumber : Naver | Naver

loading...