Fenomena Global Netflix “KPop Demon Hunters” POP-UP Kini Berlangsung di Genting SkyWorlds Studio Plaza

Fenomena global Netflix, “KPop Demon Hunters” POP-UP akhirnya tiba di Malaysia! Bersedia untuk pengalaman eksklusif di Genting SkyWorlds Studio Plaza pada Februari ini, dengan koleksi barangan rasmi yang wajib dimiliki oleh setiap peminat sejati.

Genting Highlands, 26 Februari 2026 – Fenomena global daripada Netflix, “KPop Demon Hunters” POP-UP kini menjejakkan kaki di Malaysia menerusi penganjuran eksklusif di Genting SkyWorlds Studio Plaza pada Februari ini.

Dengan kerjasama Netflix dan dikendalikan oleh bemyfriends, kedai pop-up ini mengalu-alukan peminat untuk menyelami dunia “KPop Demon Hunters”, termasuk kelab fandom global rasmi “HUNTR/X” dan “Saja Boys”, dalam pengalaman interaktif yang tidak boleh dilepaskan.

Kedai POP-UP “KPop Demon Hunters” akan berlangsung di Genting SkyWorlds Studio Plaza, Resorts World Genting (69000 Genting Highlands, Pahang Darul Makmur, Malaysia) dari 20 Februari hingga 15 Mac 2026. Selepas penganjuran eksklusif di Genting Highlands, kedai POP-UP ini akan diteruskan ke beberapa destinasi utama lain di Asia.

Pengunjung POP-UP di Genting Highlands berpeluang mendapatkan pelbagai barangan rasmi eksklusif yang dikurasi khas, termasuk pakaian, aksesori, alat tulis, pelekat koleksi, loket kunci, cenderamata, serta beg dan pouch. Koleksi istimewa turut menampilkan watak Derpy dan Sussie, selain karakter popular lain daripada filem tersebut, menjadikannya destinasi wajib bagi setiap peminat.

Kedai POP-UP ini beroperasi setiap hari dari jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam, menawarkan pengalaman membeli-belah unik yang menggabungkan barangan eksklusif dengan dunia interaktif. Pengunjung boleh meneroka rak barangan kurasi khas, menyaksikan pameran eksklusif koleksi terpilih, bergambar di zon foto bertema dengan latar menarik serta figura karakter, dan meneroka ruang khas yang menampilkan elemen visual memukau.

Untuk perkembangan terkini, peminat digalakkan melayari laman Fandom Rasmi di kpopdemonhunters.fan, mengikuti akaun rasmi X (@KPDH_popup), atau mengunjungi rwgenting.com untuk maklumat lanjut serta tawaran menarik.


“KPop Demon Hunters” POP-UP Rasmi – Malaysia (Genting Highlands)

Tarikh: 20 Februari 2026 – 15 Mac 2026
Tempat: Genting SkyWorlds Studio Plaza, Resorts World Genting
Alamat: 69000 Genting Highlands, Pahang Darul Makmur, Malaysia
Waktu Operasi: 10:00 pagi hingga 10:00 malam