7 Drama Korea Terbaru Mac 2026 untuk Tontonan Anda!

Annyeong, chinguyaa~

Sedar tak sedar Bulan Mac dah tiba. Dikesempatan ini penulis ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam. Seperti biasa, bila masuk bulan baru maka sudah pasti akan ada drama Korea terbaru yang pastinya buat hati berdebar! Dari kisah cinta manis, komedi romantik yang menghiburkan, hingga thriller penuh ketegangan dan misteri, bulan ini menjanjikan pelbagai genre yang sesuai untuk semua citarasa.

Dengan barisan pelakon berbakat dan jalan cerita yang menarik, drama-drama bulan ini bukan sahaja menghibur dan menemani korang, tetapi juga menyentuh emosi penonton — dari tawa ringan hingga konflik yang buat kita termenung. 

Jom check it out senarai 7 drama Korea terbaru yang bakal bersiaran sepanjang bulan Mac 2026.

1. Siren’s Kiss

  • Tarikh Tayangan: 2 Mac 2026
  • Penyiar: tvN | Prime Video Malaysia
  • Barisan Pelakon: Park Min Young, Wi Ha Joon

Siren’s Kiss ialah drama romantik thriller yang mengisahkan seorang penyiasat penipuan insurans yang menyiasat rentetan kematian misteri berkaitan seorang pelelong seni memikat. Mengesyaki wanita itu mungkin mangsa, dia menyamar sebagai kekasihnya, tetapi tindakannya mendedahkan rahsia gelap yang tersembunyi.

Drama ini merupakan adaptasi semula drama legenda Jepun 1999, Koori no Sekai (Ice World). Park Min Young memegang watak Han Seol Ah, pelelong seni elegan yang reputasinya gelap — setiap lelaki yang mencintainya dilaporkan meninggal dunia selepas mengambil polisi insurans hayat. Wi Ha Joon membawakan watak Cha Woo Seok, penyiasat insurans elit yang semakin terperangkap dalam pergelutan psikologi ketika menyelami masa lalu Seol Ah.

Adakah Seol Ah seorang “Siren” bersiri yang merancang kematian demi keuntungan, atau sebenarnya mangsa konspirasi kejam? Drama ini dijangka menyajikan ketegangan berterusan dan plot twist mengejutkan.

2. Boyfriend on Demand

  • Tarikh Tayangan: 6 Mac 2026
  • Penyiar: Netflix
  • Barisan Pelakon: Seo In Guk, Jisoo

Netflix bakal mempersembahkan rom-com berkonsep tinggi yang menggabungkan gaya moden dengan elemen futuristik.

Jisoo membawakan watak Seo Mi Rae, seorang penerbit webtoon yang keletihan dengan kerjaya sehingga menutup hati terhadap percintaan di dunia nyata. Untuk mengisi kekosongan, dia melanggan perkhidmatan realiti maya “Boyfriend on Demand,” yang membolehkannya mengalami temu janji romantik sempurna bersama teman lelaki virtual yang direka mengikut citarasa dan keperluan emosi.

Namun, hidup Mi Rae semakin rumit apabila dia berinteraksi dengan rakan sekerja yang sukar didekati, Park Kyeong Nam (Seo In Guk). Batas antara kebahagiaan maya dan realiti mula kabur, memaksanya memikirkan apakah hubungan sebenar, walaupun tidak sempurna, lebih berharga daripada fantasi yang kelihatan ideal.

Drama ini menjanjikan kisah cinta moden yang manis dan lucu, sambil menimbulkan persoalan tentang teknologi, kesunyian, dan makna sebenar hubungan manusia.

3. Shining

  • Tarikh Tayangan: 6 Mac 2026
  • Penyiar: JTBC
  • Barisan Pelakon: Park Jin Young, Kim Min Ju

Kalau anda gemar kisah reuni cinta pertama yang menyentuh hati, Shining adalah pilihan tepat.

Drama ini mengisahkan Yeon Tae Seo (Park Jin Young), seorang pemandu tren bawah tanah yang memilih hidup sekadar memikirkan hari ini, setelah lama meninggalkan impian dan cita-cita remajanya. Kehidupannya berubah apabila dia bertemu semula dengan cinta pertamanya, Mo Eun Ah (Kim Min Ju).

Eun Ah, yang dahulunya bekerja dalam industri perhotelan dan kini menguruskan sebuah penginapan, pernah merasai kejayaan gemilang sebelum berdepan kegagalan yang mengubah hidupnya. Sepuluh tahun selepas perpisahan remaja yang menyakitkan, pertemuan semula mereka membuka kembali luka lama yang belum sembuh sepenuhnya.

Dalam perjalanan yang penuh kekok dan emosi ini, Tae Seo dan Eun Ah perlu berdamai dengan masa lalu dan menerima bahawa mereka kini bukan lagi remaja berusia 19 tahun, tetapi individu dewasa yang telah melalui pelbagai perubahan hidup.

4. Phantom Lawyer

  • Tarikh Tayangan: 13 Mac 2026
  • Penyiar: SBS
  • Barisan Pelakon: Yoo Yeon Seok, Esom

Menggabungkan drama undang-undang dengan elemen supernatural, Phantom Lawyer mengisahkan Shin Yi Rang (Yoo Yeon Seok), seorang peguam pemalu tetapi ikhlas yang membuka pejabat guaman di sebuah bangunan lama yang sebelum ini menjadi tempat seorang bomoh. Tidak lama kemudian, Yi Rang mendapati dia mampu melihat “klien tidak kelihatan”: roh yang tidak mendapat keadilan sewaktu hidup.

Dia akhirnya terpaksa bekerjasama dengan Han Na Hyeon (Esom), seorang peguam berjiwa kompetitif yang tidak percaya kepada alam selepas mati, sehingga rekod tanpa cacatnya terjejas akibat strategi pembelaan Yi Rang yang aneh dan dibantu roh-roh.

Drama ini menawarkan gabungan kisah “kes mingguan” yang menghangatkan hati bersama misteri besar yang berkait rapat dengan sejarah keluarga Yi Rang.

5. Mad Concrete Dreams

  • Tarikh Tayangan: 14 Mac 2026
  • Penyiar: tvN | Viki
  • Barisan Pelakon: Ha Jung Woo, Im Soo Jung, Kim Jun Han, 

Ha Jung Woo kembali ke televisyen selepas hampir dua dekad, membawakan drama jenayah gelap berserta unsur satira sosial yang tajam.

Ki Su Jong (Ha Jung Woo) seorang pemilik bangunan yang terhutang banyak wang, cuba menyelamatkan hartanah dan keluarganya dengan merancang penculikan palsu bersama rakannya, Min Hwal-Seong (Kim Jun Han). Namun, rancangan itu bertukar menjadi ancaman sebenar apabila sasaran lebih berbahaya daripada dijangka.

Kisah ini menyorot ambisi, ketamakan, dan perjuangan untuk bertahan dalam ekosistem hartanah yang kompetitif, di mana batas moral mudah pudar. Drama ini juga menyelitkan elemen gelap dan sedikit komedi untuk menggambarkan sejauh mana manusia sanggup pergi demi hartanah.

6. Climax

  • Tarikh Tayangan: 16 Mac 2026
  • Penyiar: ENA | Genie TV 
  • Barisan Pelakon: Ju Ji Hoon, Ha Ji Won, Nana

Bagi peminat drama politik gelap, Climax merupakan siri paling menarik musim ini.

Ju Ji-Hoon membawakan watak Bang Tae Seop, seorang pendakwa raya ambisius yang melonjak ke puncak populariti selepas berkahwin dengan pelakon ternama negara, Chu Sang Ah (Ha Ji Won). Namun, di sebalik kemewahan dan glamor perkahwinan mereka, tersembunyi realiti gelap: pasangan ini digerakkan oleh tamak kuasa dan matlamat untuk meruntuhkan kartel yang menguasai elit Korea Selatan.

Dalam usahanya menembusi dunia politik bawah tanah, Tae-Seop bergantung pada seorang pemberi maklumat rahsia, Hwang Jeong Won (Nana), yang memegang kunci kepada “Climax” — langkah kuasa terakhir yang boleh mengangkatnya menjadi raja atau membawa kehancuran.

Siri ini menonjolkan tema survival di mana pengkhianatan adalah mata wang utama.

7. Cabbage Your Life

  • Tarikh Tayangan: 26 Mac 2026
  • Penyiar: KBS
  • Barisan Pelakon: Park Sung Woong, Lee Soo Kyung, Lee Seo Hwan, Nam Kwon Ah

“Cabbage Your Life” mengisahkan keluarga bandar Sung Tae Hoon yang terpaksa berpindah ke kampung Yeonriri selepas pertukaran kerja secara mengejut, sambil menyimpan hasrat untuk kembali ke Seoul.

Park Sung Woong membawakan watak Tae Hoon, seorang pengurus syarikat yang bekerja keras demi keluarga, namun kehadirannya mula mencetuskan ketegangan dengan penduduk kampung yang kuat mempertahankan cara hidup mereka. Antara figura penting di Yeonriri ialah ketua kampung Im Ju Hyeong dan presiden persatuan wanita, Nam Hye Seon.

Isterinya, Jo Mi Ryeo (Lee Soo Kyung), seorang suri rumah dan pempengaruh media sosial, turut bergelut menyesuaikan diri dengan kehidupan desa tanpa pengalaman dalam pertanian. Drama ini menggabungkan konflik keluarga, pertembungan bandar dan desa, serta elemen humor dan penyembuhan dalam suasana komuniti yang penuh warna.

29 Korean Dramas That'll Keep You Entertained While You're Social Distancing

Jadi, untuk peminat drama Korea, jangan lepaskan peluang untuk menonton drama-drama terbaru ini! Namun, perlu diingat bahawa setiap siaran drama ini mungkin tertakluk kepada sebarang perubahan oleh rangkaian penyiaran yang berkaitan. Penulis akan sentiasa mengemaskini jika terdapat sebarang perubahan. Happy watching, gais!