Pengumuman hari ini bersama video sizzle memberikan penonton gambaran baharu terhadap judul-judul terbaharu serta siri yang dinanti-nantikan, yang bakal ditayangkan di Disney+ sepanjang tahun 2026.
Selepas tahun 2025 yang penuh dengan kandungan menarik sehingga membuat penonton ketagih menonton, termasuk kejayaan drama Hallyu seperti Nine Puzzles, Hyper Knife, Tempest, Made In Korea dan banyak lagi, Disney+ kini meningkatkan keterujaan untuk 2026 dengan barisan kandungan yang lebih besar. Ia merangkumi lebih banyak genre, lebih banyak plot twist, serta dibintangi oleh lebih ramai bintang kegemaran penonton berbanding sebelum ini.
Kegemaran Peminat Penuh Aksi & Siri Realiti Bertemakan Takdir
A Shop For Killers 2

Pelakon: Lee Dongwook, Kim Hyejun, Jo Hansun, Geum Hannah, Lee Taeyoung, Kim Min
Dinobatkan sebagai salah satu Rancangan TV Terbaik 2024 oleh The New York Times, A Shop For Killers kembali dengan Musim 2 pada 2026. Dibintangi Lee Dongwook, Kim Hyejun, Jo Hansun, Geum Hannah, Lee Taeyoung dan Kim Min, serta pelakon baharu Hyunri (Tokyo Vice Musim 2), Masaki Okada (Drive My Car) dan Jung Yoonha (Big Bet), Musim 2 akan mengikuti Jian dan bapa saudaranya Jinman ketika mereka membalas serangan musuh dan memburu kumpulan upahan Babylon. Dijadualkan tayangan pada tahun ini, bersedialah untuk aksi berskala besar dan intensiti yang lebih mendebarkan, eksklusif di Disney+.
Battle of Fates

Pada separuh pertama tahun ini, kepercayaan penonton akan diuji menerusi siri realiti pertama seumpamanya, Battle of Fates. Siri ini menghimpunkan pakar pembaca takdir terbaik Korea – termasuk shamanisme, saju, tarot, pembacaan tapak kaki dan banyak lagi. Dihasilkan oleh pencipta Culinary Class Wars, seramai 49 peserta akan bertanding dalam pelbagai cabaran untuk membuktikan siapa yang benar-benar hebat, sehingga hanya seorang pemenang kekal.
Ketamakan, Keinginan & Drama Kemanusiaan: Gold Land, Made In Korea
Tahun ini, ketamakan dan keinginan menjadi teras apabila Gold Land dan Made In Korea Musim 2 ditayangkan di Disney+.
Gold Land

Pelakon: Park Bo Young, Kim Sung Cheol, Lee Hyun Wook, Kim Hee Won, Moon Jung Hee, Lee Kwang Soo
Menandakan kepulangan Park Boyoung ke Disney+, Gold Land mengisahkan Heeju, seorang wanita yang berjaya melarikan diri dari pekan kecil tempat dia dibesarkan, namun hidupnya menjadi kucar-kacir selepas menemui sebuah keranda penuh dengan emas. Dahulunya pendiam dan patuh undang-undang, Heeju kini dikuasai ketamakan dan dorongan untuk mengejar kehidupan impiannya. Dalam usaha melarikan diri daripada bahaya, dia terpaksa kembali ke satu-satunya tempat yang pernah dia sumpah tidak akan kembali. Siri ini dibintangi Park Boyoung (Light Shop), Kim Sungcheol (No Way Out: The Roulette) dan Lee Hyunwook (MINE), ditulis oleh Hwang Joyoon (Old Boy) dan diarahkan oleh Kim Sunghoon (Confidential Assignment).
Made In Korea 2

Pelakon: Hyun Bin, Jung Woosung
Menjelang penghujung 2026, dua bintang ikonik Korea, Hyun Bin dan Jung Woosung, kembali untuk pusingan kedua menerusi Made In Korea Musim 2. Selepas musim pertama yang penuh dramatik, memperlihatkan pertarungan antara pegawai KCIA yang korup, Baek Kitae, dan pendakwa raya yang tegas, Jang Geonyoung, salah seorang akhirnya muncul sebagai pemenang. Namun, apabila si pemenang terus mendaki hierarki kuasa, mampukah pihak yang tewas menerima kekalahan atau akan cuba bangkit semula? Nantikan Musim 2 pada akhir 2026.
Mekarnya Cinta Sejati Sepanjang Tahun
Cinta sejati sekali lagi menjadi sorotan utama di Disney+ dengan barisan drama romantik yang bakal menemani penonton sepanjang tahun.
In Your Radiant Season

Pelakon: Lee Sung Kyung, Chae Jonghyeop
Jadual Tayangan: 20 Februuari 2026
Ditayangkan pada Februari, In Your Radiant Season ialah drama romantik menyentuh hati tentang Chan, seorang lelaki berpersonaliti ceria, dan Haran, seorang profesional dingin yang masih dibelenggu masa silamnya. Pertemuan dua personaliti berbeza ini mula mengubah kehidupan mereka. Dibintangi Lee Sungkyung (Dr. Romantic) sebagai Song Haran, pereka fesyen jenama mewah, dan Chae Jonghyeop (Eye Love You) sebagai Sunwoo Chan, pereka karakter di studio animasi global. Siri ini ditulis oleh Cho Sunghee (Thirty But Seventeen) dan diarahkan oleh Jung Sanghee (Wonderful World).
Perfect Crown

Pelakon: IU, Byeon Woo Seok
Jadual Tayangan: April 2026
Pada April, antara drama romantik paling dinanti tahun ini, Perfect Crown, lakonan IU (When Life Gives You Tangerines) dan Byeon Wooseok (Lovely Runner), bakal ditayangkan di Disney+. Berlatarbelakangkan abad ke-21 alternatif di mana Korea masih mengamalkan sistem monarki berperlembagaan, siri ini mengisahkan seorang putera popular dan pewaris konglomerat besar yang berpakat demi kepentingan peribadi, sebelum akhirnya menemui makna cinta sejati.
The Husband (Tajuk Sementara)

Pelakon: Nam Goong Min, Lee Sul
Turut diumumkan hari ini, The Husband (tajuk sementara) ialah sebuah thriller romantik tentang seorang lelaki yang terpaksa berdepan penjenayah kejam demi menyelamatkan isterinya yang diculik. Dibintangi Nam Goong Min (Our Movie) sebagai Kang Taejoo, seorang pakar bedah saraf yang menjadi pengarah hospital, dan Lee Sul (The Devil’s Call) sebagai isterinya Ko Seyoon. Siri ini diarahkan oleh Kim Junghyun, pengarah Hyper Knife, dan dijadualkan tayangan pada tahun ini.
Dunia Webtoon Dihidupkan Ke Layar
Selepas kejayaan adaptasi webtoon seperti Moving, Light Shop, Vigilante dan Low Life, Disney+ akan meneruskan legasi ini pada 2026 dengan mengadaptasi dua webtoon popular: The Remarried Empress dan Portraits of Delusion (tajuk sementara).
The Remarried Empress

Pelakon: Shin Min Ah, Ju Ji Hoon, Lee Jong Suk, Lee Se Young
Berlatarbelakangkan dunia fantasi, The Remarried Empress mengisahkan Navier, seorang permaisuri sempurna yang dikejutkan apabila suaminya membawa pulang perempuan simpanan dan menuntut perceraian. Enggan membiarkan Maharaja memusnahkan hidupnya, Navier bersetuju untuk bercerai, namun sebagai balasan, dia meminta untuk berkahwin dengan putera pesaing dari Kerajaan Barat. Keputusan ini mencetuskan kisah penuh intrik politik, percintaan, dan perjuangan untuk merampas kembali kuasa yang dirampas daripadanya. Dibintangi Shin Mina (Hometown Cha-Cha-Cha), Ju Jihoon (Light Shop), Lee Jongsuk (Big Mouth) dan Lee Seyoung (The Red Sleeve), siri ini ditulis oleh Yeoh Geena (The Uncanny Counter) dan Hyun Choongyeol, serta diarahkan oleh Cho Suwon (Today’s Webtoon).
Portraits of Delusion

Pelakon: Suzy, Kim Seon Ho
Diadaptasi daripada webtoon popular Naver, Delusion, Portraits of Delusion ialah siri misteri romantik tentang seorang vampir yang patah hati dan hidup dalam kesedihan. Tersembunyi daripada dunia selama 50 tahun, Jeonghwa sering menempah lukisan potret untuk dirinya sendiri. Suatu hari, seorang pelukis bernama Iho, yang mempunyai masa silam tersendiri, tiba di hotel tersebut untuk memulakan tugasnya – namun apa yang dilihatnya benar-benar mengejutkan. Dibintangi Suzy (Genie, Make a Wish) sebagai Song Jeonghwa dan Kim Seonho (The Tyrant) sebagai Yoon Iho, siri ini diarahkan oleh Han Jaerim (The King) dan akan ditayangkan secara eksklusif di Disney+ pada akhir 2026.
Dengan pengumuman barisan kandungan hari ini yang hanya menampilkan sebahagian daripada siri Korea yang bakal ditayangkan sepanjang tahun, pastikan anda melanggan Disney+ hari ini untuk menikmati akses segera kepada koleksi cerita hebat, hanya di Disney+.

