“The Manipulated”: Ji Chang Wook & Doh Kyung Soo Berentap Dalam Drama Aksi Balas Dendam Terbaharu di Disney+ Hotstar

Disney+ Hotstar bakal mempersembahkan drama aksi Korea terbaharu berjudul “The Manipulated”, yang akan debut pada 5 November 2025 dengan empat episod serentak sebelum diteruskan dua episod setiap minggu hingga penamat mendebarkan pada 3 Disember. Menggabungkan dua nama besar industri, Ji Chang Wook (The Worst of Evil, Gangnam B-Side) dan Doh Kyung Soo (The Moon, Swing…

Read More

“Marie and Her Three Daddies”: Pencarian Ha Seung Ri Cetus Pertarungan Lawak Para ‘Ayah’

Drama terbaru KBS1, “Marie and Her Three Daddies”, mengisahkan perjalanan panjang Marie (Ha Seung Ri) dalam usaha mencari kebenaran tentang siapakah ayah kandungnya. Kisah ini menampilkan lahirnya sebuah keluarga luar biasa — berteraskan ikatan yang lebih kukuh daripada darah dan lebih teguh daripada benih. Ha Seung Ri membawakan watak utama sebagai Kang Marie, manakala Hyun…

Read More

“Mantis”: Spin-off Kill Boksoon Penuh Aksi, Dibintangi Yim Si Wan, Park Gyu Young & Jo Woo Jin

Netflix bakal mempersembahkan filem aksi terbaharu berjudul “Mantis”, spin-off daripada filem popular Kill Boksoon. Menjelang tayangan perdana pada 26 September, Netflix telah mendedahkan foto eksklusif, poster utama, dan treler rasmi yang mencetuskan keterujaan peminat. Sinopsis “Mantis” mengisahkan tentang Han Ul (Yim Si Wan), seorang pembunuh upahan elit bergelar Mantis yang kembali ke industri selepas percutian…

Read More

The Fact Music Awards 2025: Stray Kids, aespa, IVE & ENHYPEN Dominasi Anugerah di Macau

‘The Fact Music Awards 2025’ (TMA) telah berlangsung dengan penuh gilang-gemilang pada 20 September lalu di Macau Outdoor Performance Venue, mencuri tumpuan peminat K-POP dari seluruh dunia. Acara berprestij ini dianjurkan oleh The Fact dengan kerjasama Fan & Star serta The Square ENM Co., Ltd. Majlis tahun ini menampilkan deretan artis terkemuka termasuk Nexz, Miao,…

Read More

[CDrama] “The Journey of Legend” Trending di iQIYI, Cheng Yi Curi Tumpuan Penonton Global!

Sejak ditayangkan pada 11 September, The Journey of Legend semakin mendapat sambutan hangat di pasaran global. Data Google Trends menunjukkan peningkatan carian konsisten di Vietnam, Thailand, Hong Kong (China), Taiwan (China), Singapura, dan Malaysia. Di laman MyDramaList, drama ini menerima rating 8.0 dan turut dipaparkan di halaman utama, menandakan minat yang semakin meningkat dari penonton…

Read More

Drama Perisik Antarabangsa ‘Tempest’ Jadi K-Drama Asal Nombor Satu Paling Banyak Ditonton 2025 di Disney+ Hotstar Seluruh Dunia

Disney+ Hotstar hari ini mengumumkan bahawa drama perisik antarabangsa Tempest kini menjadi tayangan perdana K-drama asal paling banyak ditonton tahun 2025 di platform Disney+ Hotstar — bukan sahaja di Korea, tetapi juga di Asia Pasifik (APAC) dan seluruh dunia — berdasarkan lima hari pertama penstriman. Menggabungkan barisan pelakon antarabangsa yang hebat, Tempest mengisahkan Seo Munju,…

Read More

Seharian Bersama Lee Jun Young — Dari Pagi Sampai Petang, Rasa Tak Nak Dia Balik!

Kuala Lumpur, 30 Ogos 2025 – Malaysia sekali lagi menjadi lokasi bertuah apabila pelakon dan penyanyi popular Korea Selatan, Lee Jun Young, hadir menyantuni peminat dalam acara eksklusif yang berlangsung dari pagi hingga ke petang.  Dikenali sebagai “anak kesayangan Netflix” menerusi drama hit seperti Brave Citizen, Weak Class Hero 2 dan When Life Gives You…

Read More

Choi Woo Shik & Jung So Min Bintangi Drama Rom-Com Terbaru ‘Would You Marry Me?’ Tayang Oktober Ini

Bersedia untuk ketawa, senyum dan terbuai dengan kisah cinta penuh helah! Drama romantik komedi 12 episod baharu berjudul Would You Marry Me? bakal ditayangkan bermula 10 Oktober 2025 di Disney+ Hotstar, menampilkan gandingan dua bintang popular — Choi Woo Shik (Parasite, A Killer Paradox) dan Jung So Min (Love Next Door, Alchemy of Souls). Sinopsis:…

Read More

Yoon Ji On Mohon Maaf, Undur Diri Dari Drama Selepas Insiden Memandu di Bawah Pengaruh Alkohol (DUI)

Pelakon Yoon Ji On telah menarik diri daripada drama terbaharu Channel A berjudul “Positively Yours”, adaptasi daripada webtoon popular, selepas ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol. Pada 17 September, News1 melaporkan bahawa Yoon Ji On baru-baru ini telah didakwa kerana kesalahan memandu dalam keadaan mabuk, sekali gus menyebabkan beliau berundur daripada drama yang sedang…

Read More

Senarai Pemenang Seoul International Drama Awards 2025 – Anna Jobling Raih Pengiktirafan Asia

Seoul International Drama Awards 2025 telah mengumumkan barisan pemenang tahun ini! Pada 16 September, pihak penganjur mengumumkan senarai rasmi pemenang lebih awal daripada majlis anugerah yang dijadualkan berlangsung pada 2 Oktober, jam 5 petang KST di KBS Hall. Antara nama yang mencuri perhatian ialah Anna Jobling, pelakon muda dari Malaysia yang berjaya mengharumkan nama negara…

Read More