Temubual Eksklusif KMania – WOLF HOWL HARMONY Kongsi Kisah Di Sebalik Single Terbaru ‘Marmalade’

Kumpulan vokal Jepun, WOLF HOWL HARMONY, memperkenalkan single terbaru mereka, “Marmalade”, yang menangkap gabungan rasa manis dan pahit dalam cinta, patah hati, dan harapan. Lagu ini, yang dilancarkan pada 21 November 2025, juga menjadi lagu penutup drama aksi sejarah Masked NINJA Akakage, menonjolkan keseimbangan antara kekuatan dan kelembutan.

Kumpulan ini dibentuk pada Ogos 2023 melalui pertandingan iCON Z ~Dreams For Children~, menggabungkan vokal dan rap dengan ahli RYOJI, SUZUKI, GHEE, dan HIROTO, dan nama mereka melambangkan bagaimana suara bersatu seperti serigala mencari kumpulan sendiri.

KMania telah berkesempatan menemu bual mereka tentang single terbaru ini, “Marmalade”, untuk mengetahui lebih lanjut tentang makna lagu, pengalaman rakaman, dan mesej mereka kepada peminat.


Temubual WOLF HOWL HARMONY Tentang “Marmalade”

 

Apa maksud ‘Marmalade’ bagi anda?
RYOJI: Lagu ini fokus pada memori hidup — manis dan pahit. Bahagian chorus 「未来はオーダーメイド」 (The future is tailor-made) sangat simbolik dan mudah diingati.
SUZUKI: Saya menyanyikan lagu ini dengan menghayati pengalaman sendiri. Lirik “Even if it stays bittersweet, as long as we can laugh together” adalah kegemaran saya.

Jika lagu ini ada rasa khas, apa rasanya?
GHEE: Kaya kelapa, manis dan sesuai dengan vibe lagu.
HIROTO: Strawberi, supaya pendengar cipta banyak kenangan manis.

Cabaran terbesar semasa rakaman?
SUZUKI: Nada lagu rendah dan stabil, jadi saya fokus menambah emosi dan nuansa.
GHEE: Bahagian rap; eksperimen sehingga ekspresi selaras dengan lagu.

Sisi baru WOLF HOWL HARMONY dalam lagu ini?
RYOJI: Setiap ahli mengekspresikan watak sendiri sepenuhnya.
HIROTO: Hanya WOLF HOWL HARMONY sekarang boleh nyanyi lagu ini; tunjuk sisi berbeza dari lagu sebelum ini.

Mesej untuk peminat di Malaysia?
GHEE: Walau susah sekarang, setiap pengalaman pahit adalah langkah untuk terus maju.
HIROTO: Dengarlah lagu ini sambil renungkan hidup sendiri, dan cipta masa depan hebat bersama kami.

Pesanan khas untuk peminat Malaysia:
RYOJI: Terima kasih atas sokongan LOVERED! Kami harap dapat berjumpa di Malaysia suatu hari nanti.
HIROTO: Saya sangat mahu buat live di Malaysia, jadi terus cintai muzik kami!


Dengar & Ikuti WOLF HOWL HARMONY

Rasai sendiri gabungan manis dan pahit “Marmalade” melalui platform digital rasmi:

Ikuti mereka untuk kemas kini terkini dan kandungan di sebalik tabir: