Kuala Lumpur, 30 Ogos 2025 – Malaysia sekali lagi menjadi lokasi bertuah apabila pelakon dan penyanyi popular Korea Selatan, Lee Jun Young, hadir menyantuni peminat dalam acara eksklusif yang berlangsung dari pagi hingga ke petang. Dikenali sebagai “anak kesayangan Netflix” menerusi drama hit seperti Brave Citizen, Weak Class Hero 2 dan When Life Gives You Tangerines, kehadiran beliau benar-benar menceriakan suasana.
Acara pagi dimulakan dengan pelancaran produk terbaru dari Nivea, iaitu Nivea Luminous Skin Glow Serum. Sebagai bintang Hallyu yang sentiasa berdepan lensa kamera, Jun Young berkongsi rahsia penjagaan kulitnya yang menekankan tekstur ringan, cepat meresap dan memberi kesegaran segera. “Kulit berseri bukan pilihan, ia keperluan,” katanya sambil tersenyum manis kepada peminat dan media tempatan. Beliau turut berinteraksi dengan beberapa KOL terpilih, menjadikan sesi tersebut lebih eksklusif dan meriah.
Menjelang petang pula, peminat dibawa ke acara kemuncak, Scene by Jun Young di Kuala Lumpur. Sesi fan meeting ini membuka sisi peribadi Jun Young yang jarang dikongsi. Dari sesi soal jawab kepada soalan-soalan peminat, nyanyian merdu dari lagu-lagu era U-Kiss, persembahan tarian hiphop, hingga ke dance battle spontan bersama-sama teman rapat beliau, jelas minat beliau terhadap dunia tarian begitu mendalam.
View this post on Instagram
Lucu bagaimana beliau terkejut apabila peminat yang hadir bukan sahaja dari Malaysia, malah dari Korea Selatan dan Jepun turut hadir, menjadikan suasana lebih antarabangsa dan penuh kasih sayang. Yang paling mencuit hati, Jun Young sempat melayan permintaan peminat, dari menyanyi, menari, berkongsi coklat, hingga berlari tiga pusingan pentas!
View this post on Instagram
Beliau juga memberi hint tentang lagu baru dan sesuatu yang istimewa bakal tiba. “Tunggu ya,” katanya sambil berusaha keras untuk tidak spill the tea. Apa yang menyentuh hati peminat yang hadir, bila Jun Young berkongsi bahawa Kuala Lumpur adalah antara lokasi terakhir sebelum beliau menjalani enlistment. Kami harap beliau akan kembali ke Malaysia selepas menunaikan tanggungjawab kepada negaranya. Jumpa lagi Jun Young dan jom beli Nivea Luminous Skin Glow Serum supaya kulit kita semua secomel Jun Young.
Untuk saksikan lebih banyak aksi Lee Jun Young sempena Scene by Junyoung di Kuala Lumpur, serta mengikuti perkembangan terkini dunia hiburan Korea, jangan lupa Follow dan Like KMania di Facebook, Twitter, Instagram , TikTok dan Youtube.!