Sooyoung dan Kim Jae Young Disatukan Dalam Drama Misteri Romantik Terbaharu

Sooyoung dan Kim Jae Young disahkan akan membintangi drama baharu berjudul Idol Eye (tajuk terjemahan literal).

Idol Eye merupakan drama bergenre misteri, mahkamah dan romantik yang mengisahkan Maeng Se Na (lakonan Sooyoung), seorang peguam terkenal yang juga peminat setia. Dia sanggup mempertahankan idolanya, Do Ra Ik (lakonan Kim Jae Young), apabila lelaki itu dituduh membunuh. Drama ini diarahkan oleh Lee Kwang Young yang dikenali dengan sentuhan visual bergaya seperti dalam Call It Love, dan ditulis oleh Kim Da Rin, penulis skrip kreatif yang sering tampil dengan idea segar.

Sooyoung membawa watak Maeng Se Na, seorang peguam hebat yang dikenali sebagai “peguam penjenayah” kerana berani mengambil kes jenayah berprofil rendah yang sering dikecam orang ramai. Namun di sebalik imej profesional itu, dia merupakan peminat tegar kumpulan idol Gold Boys selama 10 tahun. Apabila idolanya dituduh terlibat dalam satu kes pembunuhan pelik, dia menyembunyikan identiti sebagai peminat dan mempertahankan lelaki itu di mahkamah — sekali gus menemui kebenaran yang tidak dijangka.

Sooyoung berkata, “Mungkin sebab saya faham perasaan peminat, saya tak boleh berhenti baca skrip ni sampai habis. Ini kali pertama saya bawa watak sebagai peguam dan juga peminat fanatik, jadi saya sangat teruja nak tunjuk sisi berbeza dalam watak ini.”

Kim Jae Young pula melakonkan watak Do Ra Ik, penyanyi utama dan ‘visual’ kumpulan Gold Boys. Suatu ketika dahulu dia mengimpikan pentas dan kasih sayang peminat, tapi kini semuanya terasa seperti beban. Di sebalik senyumannya yang manis, tersembunyi sisi gelap yang tidak diketahui ramai. Selepas insiden pembunuhan yang mengubah hidupnya, dia tinggalkan ‘topeng’ itu dan mula hidup seolah-olah tiada hari esok.

“Skrip drama ini sangat menarik dengan gabungan pelbagai genre. Walaupun rasa sedikit tertekan, saya rasa sangat teruja dapat sertai projek ini. Saya tak sabar nak bawakan watak Do Ra Ik sepenuhnya kepada penonton,” kata Kim Jae Young.

Drama Idol Eye dijadualkan tayang pada separuh kedua tahun 2025.

Sumber :  1