Prime Video secara rasmi memperkenalkan Nice to Not Meet You, sebuah siri rom-com Korea terbaharu yang menampilkan bintang global Lee Jung Jae (Squid Game, The Acolyte, Hunt) dan pelakon tersohor Lim Ji Yeon (The Glory, The Tale of Lady Ok, Lies Hidden in My Garden). Siri ini akan ditayangkan secara eksklusif di Prime Video di lebih 240 buah negara dan wilayah, dengan episod baharu disiarkan setiap minggu.
Menggabungkan dunia hiburan di balik tabir dengan elemen romantik yang tulus, Nice to Not Meet You mengisahkan pertemuan tidak dijangka antara Lim Hyeon Jun (lakonan Lee Jung Jae), seorang pelakon yang sering dilabelkan dengan watak stereotaip dan kini mengidamkan peluang dalam melodrama, dan Wi Jeong Sin (lakonan Lim Ji Yeon), seorang wartawan politik berkaliber yang tiba-tiba dipindahkan ke meja hiburan. Apa yang bermula sebagai pertembungan personaliti bertukar menjadi kisah penuh pesona, gelak tawa, dan kimia yang tidak disangka.
Lee Jung Jae, yang terus mencipta nama di peringkat global sejak kejayaan luar biasa Squid Game, membawakan watak Hyeon Jun — seorang pelakon veteran yang terperangkap dalam imej Kang Pil Gu, protagonis kesayangan dalam siri detektif popular yang kini memasuki musim kelima. Walaupun kerjayanya kelihatan kukuh, dia menyimpan impian untuk keluar dari bayang-bayang tersebut dan membuktikan kemampuannya dalam watak yang lebih emosional.
Lim Ji Yeon pula melakonkan watak Wi Jeong Sin, seorang wartawan tajam dan pemenang anugerah yang liputan politiknya terhenti secara tiba-tiba. Dihantar ke jabatan hiburan ketika sedang menyiasat kes penting, Jeong Sin terpaksa menyesuaikan diri dalam dunia yang tidak pernah diimpikannya — sebelum tanpa diduga, dia terjebak dalam dunia selebriti yang diketuai oleh aktor yang enggan dia temuramah.
Kim Ji Hun mencuri hati penonton dengan lakonannya sebagai Lee Jae Hyung, seorang bekas pemain besbol yang kini memiliki sebuah majalah sukan. Lee Jae Hyung digambarkan sebagai seorang yang baik hati dan mengambil berat terhadap semua orang, namun dia hanya mempunyai satu cinta dalam hidupnya — dan dia tidak teragak-agak untuk mengejar wanita yang dicintainya dengan berani. Kehidupannya berubah besar selepas bertemu dengan Wi Jung Shin.
Seo Ji Hye pula menghidupkan watak Yoon Hwa Young, ketua bahagian hiburan di majalah milik Lee Jae Hyung — dan juga bekas teman wanitanya. Yoon Hwa Young merupakan wanita yang kelihatan dingin tetapi mempunyai sisi lembut. Dengan lidah yang petah dan kepintaran yang tajam, dialah satu-satunya individu yang mampu mengalahkan Wi Jung Shin dalam perdebatan.
Antara pelakon lain yang turut hadir ketika sesi pembacaan skrip termasuklah Oh Yeon Seo, yang bakal membuat penampilan istimewa dalam drama ini, serta Choi Gwi Hwa, Jeon Seong Woo, Kim Jae Chul, Na Young Hee, Jun Soo Kyung, Kim Hyun Jin, Jin Ho Eun, Kim Bup Rae dan Jo Hee Bong.
Diarahkan oleh Kim Ga-ram (Good Partner, Nevertheless) dan ditulis oleh Jung Yeo-rang (Doctor Cha), Nice to Not Meet You menjanjikan gabungan menyegarkan antara humor, emosi dan sindiran terhadap industri hiburan.
Jangan ketinggalan menyaksikan detik romantik yang mencuit hati serta adegan lucu dalam Nice to Not Meet You, bakal ditayangkan tidak lama lagi di Prime Video.