MINNIE I-DLE Serikan Pelancaran Perisa Baharu Brice ‘Himalayan Salt’ Di Malaysia

One Utama, 12 Julai 2025 – Nak snek yang sedap dan sihat? Brice! Dengan pelancaran perisa terbaharunya, Himalayan Salt. Suasana di Oval Concourse, One Utama menjadi luar biasa meriah apabila bintang K-pop terkenal MINNIE dari I-DLE muncul buat julung kalinya bertemu para peminat Malaysia. Acara ini dibawakan khas oleh jenama snek sihat kegemaran ramai, Brice.

Brice Himalayan Salt bukan sekadar snek biasa. Ia diperbuat daripada beras perang, beras merah dan beras hitam, dibakar (bukan digoreng!) dan hadir dalam dua saiz pek, iaitu 40g dan 100g . Snek ini sesuai untuk kudapan ringan atau dikongsi bersama. Dengan kandungan serat tinggi, vitamin B6 dan E, snek ini mengekalkan rasa rangup yang memuaskan sambil menjaga kesihatan pengguna.

“Garam Himalaya memang terkenal dengan manfaat kesihatan dan kecantikan. Kini, kami gabungkan kebaikannya dalam snek premium yang semua boleh nikmati,” kata Vynce Lim, Ketua Pemasaran SW Food. “Dan dengan kehadiran MINNIE, kami ingin cipta detik istimewa yang tak dapat dilupakan oleh peminat dan pelanggan kami.”

MINNIE, yang tampil menawan dan mesra, disambut dengan sorakan peminat yang memenuhi ruang legar. Beliau turut berinteraksi dengan peminat, mencuba snek Brice, dan memberi senyuman manis buat semua hadirin — satu pengalaman eksklusif yang pasti akan dikenang!

Sebelum ini, Brice telah melancarkan tiga perisa popular iaitu Spicy Cheese, Seaweed dan Truffle, yang mendapat sambutan hangat di seluruh Malaysia. Kini, dengan kehadiran Himalayan Salt, pilihan menjadi lebih menarik untuk mereka yang mengutamakan gaya hidup aktif dan pemakanan sihat.

Snek Brice boleh didapati di pasar raya utama seperti Jaya Grocer, Mydin, Lotus’s, AEON dan banyak lagi. Cepat dapatkan dan nikmati sendiri rasa crunchy yang memikat, dengan sentuhan sihat dari Garam Himalaya.