Pelakon terkenal Korea Selatan, Park Bo Gum, akhirnya akan kembali ke Malaysia selepas enam tahun untuk bertemu para peminat dalam satu acara istimewa!
Dianjurkan oleh iMe Malaysia, acara PARK BO GUM 2025 FAN MEETING TOUR [BE WITH YOU] IN KUALA LUMPUR akan berlangsung pada Sabtu, 13 September 2025, jam 5:00 petang di Idea Live Arena. Peminat bakal berpeluang bertemu secara langsung dan menikmati malam yang penuh mesra bersama Park Bo Gum!
Sejak mula bergelar pelakon, Park Bo Gum telah membintangi pelbagai drama popular seperti Reply 1988, Love in the Moonlight, Encounter, dan yang terbaru, When Life Gives You Tangerines. Wataknya sebagai “Yang Gwan-sik” dalam drama tersebut terus mengukuhkan popularitinya yang semakin meningkat. Digelar “Kekasih Hati Negara”, Park Bo Gum disayangi ramai bukan sahaja kerana wajahnya yang menawan dan peribadi yang ikhlas, malah bakatnya juga menyerlah dalam bidang lakonan, nyanyian dan pengacaraan. Dengan vokal yang merdu, layanan mesra terhadap peminat dan aura pentas yang memikat, tak hairanlah namanya terus menjadi sebutan di seluruh dunia.
Kini kembali ke Malaysia sebagai antara bintang Hallyu paling berpengaruh, Park Bo Gum bersedia mencipta detik istimewa yang akan dikenang para peminat Malaysia selamanya!
Harga tiket dan kategori adalah seperti berikut:
- RM768 (BE WITH YOU Package)
- RM698 (PS1)
- RM598 (PS2)
- RM498 (PS3)
- RM398 (PS4)
- RM228 (PS5)
Pakej BE WITH YOU termasuk:
- SATU (1) tiket duduk PS1
- SATU (1) sesi foto berkumpulan bersama Park Bo Gum (1:2)
- SATU (1) poskad bertandatangan (daripada set terpilih)
- Sesi Hi-Bye bersama Park Bo Gum
- SATU (1) poskad mesej istimewa
Semua pembeli tiket lain juga akan menerima:
- Sesi Hi-Bye dan SATU (1) poskad mesej istimewa

Jualan tiket akan dibuka pada hari Selasa, 15 Julai 2025 jam 12:00 tengah hari (waktu Malaysia) melalui dua platform rasmi:
📌 BookMyShow
📌 Fantopia
Peminat diingatkan supaya tidak membeli tiket daripada pihak ketiga atau penjual tidak rasmi bagi mengelakkan risiko penipuan dan tiket tidak sah.
Bagi menjamin keadilan dan mengelakkan aktiviti penjualan semula, pembeli pakej BE WITH YOU perlu mengisi maklumat peribadi yang betul dan membawa kad pengenalan asal semasa menebus manfaat eksklusif.
Untuk info lanjut dan kemas kini terkini, ikuti saluran media sosial rasmi iMe Malaysia.
Kredit Foto: Imej Utama – 1