Barisan pelakon dan kru produksi Head Over Heels telah berkumpul di Seoul untuk sidang media, memberikan peminat pandangan eksklusif tentang siri fantasi romantik terbaharu mereka. Pengarah Kim Yong-wan ditemani oleh pelakon utama seperti Cho Yi-hyun, Choo Young-woo, Cha Kang-yoon dan Choo Ja-hyun, sambil berkongsi pelbagai cerita di sebalik tabir dan detik istimewa yang bakal dinanti-nantikan. Head Over Heels mengisahkan pelajar sekolah menengah yang juga seorang dukun muda, Seong-A (Cho Yi-hyun), yang berusaha menyelamatkan cinta pertamanya, Gyeon-U (Choo Young-woo), daripada takdir malang yang menimpa. Gabungan elemen fantasi dan romantik yang mengasyikkan, siri ini dijangka mencuri hati penonton dari seluruh dunia. Head Over Heels akan mula distrim di Prime Video bermula 23 Jun di Malaysia dan lebih 240 negara serta wilayah seluruh dunia.
Dengan tayangan perdana hanya tinggal beberapa hari lagi, ini lima sebab mengapa anda tak boleh ketinggalan:
1. Kisah yang Unik
Cho Yi-hyun memperkenalkan wataknya, “Seong-A ialah pelajar sekolah menengah yang menjalani kehidupan berganda — pelajar pada siang hari, dukun pada waktu malam.” Walaupun shamanisme Korea mungkin asing bagi sesetengah penonton antarabangsa, unsur budaya dan spiritualnya menambah lapisan misteri dan keunikan kepada naratif. Apa yang menjadikan Head Over Heels istimewa ialah protagonisnya merupakan seorang dukun dari generasi Z — sudut pandang yang jarang diketengahkan. Berkongsi tentang persiapannya, Yi-hyun berkata, “Saya belajar upacara dukun daripada seorang guru shaman sebenar.” Siri ini memberi nafas baharu kepada genre coming-of-age, meneroka cabaran remaja dengan beban besar menyelamatkan cinta pertama.
2. Barisan Bintang Muda yang Bersinar

Siri ini menampilkan barisan pelakon muda yang sedang mencipta nama. Cho Yi-hyun dikenali menerusi siri Hospital Playlist, School 2021, dan kejayaan global All of Us Are Dead. Choo Young-woo pula memenangi Anugerah Pelakon Baru Terbaik Baeksang menerusi The Tale of Lady Ok, selain muncul dalam School 2021 dan The Trauma Code: Heroes on Call. Pendatang baru Cha Kang-yoon yang debut pada 2024 telah mencuri perhatian menerusi The Midnight Romance in Hagwon, The Art of Negotiation, dan Resident Playbook. Jangan lepaskan peluang menyaksikan mereka bersinar dalam Head Over Heels.
3. Unsur Thrill yang Mencuit Rasa

Dalam usahanya melindungi Gyeon-U, Seong-A berdepan roh-roh jahat yang mahu mencederakan kekasih pertamanya. Penonton akan dibawa melalui momen mendebarkan — dari gangguan hantu ke adegan mencemaskan. Pengarah Kim Yong-wan berkata, “Kami ada pelbagai jenis hantu. Sesetengah orang mungkin takut, tapi siri ini lebih menyeronokkan daripada menakutkan — ‘menyeramkan comel’, kata orang.” Choo Ja-hyun, yang memainkan watak salah satu roh, menambah, “Ada banyak karakter tak dijangka dan plot twist.” Pendek kata, Head Over Heels sarat kejutan tetapi tetap sesuai untuk tontonan santai semua lapisan umur.
4. Keserasian Pelakon Utama yang Mencuit Hati

Cho Yi-hyun dan Choo Young-woo pernah bergandingan dalam School 2021, di mana watak Choo menyimpan perasaan terhadap watak Cho — yang menyebabkan ramai penonton alami “sindrom second lead.” Maka, peminat amat teruja bila mereka disatukan kembali dalam siri romantik penuh ini. Choo berkongsi, “Yi-hyun jadi makin cantik. Bila kami berlakon semula bersama, keserasian kami makin menyerlah.” Cho menambah, “Semua berjalan lancar. Tak perlu sesi pecah ais pun.” Dengan chemistry sedia terjalin, penonton boleh jangkakan percikan cinta yang lebih meyakinkan di skrin kali ini.
5. Kisah Cinta Pertama yang Penuh Makna
Pada dasarnya, Head Over Heels ialah kisah cinta remaja tentang keindahan, kekeliruan dan emosi cinta pertama. Selain hubungan antara Seong-A dan Gyeon-U, siri ini turut menyelitkan cinta tiga segi bersama Ji-ho (Cha Kang-yoon), sahabat karib Seong-A. Kata Kang-yoon, “Pada mulanya Ji-ho tak pasti tentang perasaannya, tapi bila dia lihat Seong-A berusaha menyelamatkan Gyeon-U, barulah dia sedar.” Pengarah Kim menambah, “Saat mereka lakonkan cinta zaman sekolah, rasa seperti masa paling indah dalam hidup mereka.” Menurut Choo Ja-hyun pula, “Kalau cerita hanya comel dan manis, ia mudah dilupakan. Tapi kami cuba beri kedalaman di sebalik sisi comel itu.”
Bersedialah untuk satu siri yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga menyentuh emosi dan memberi kesan mendalam.
Jangan lepaskan Head Over Heels, siri fantasi romantik eksklusif di Prime Video setiap Isnin dan Selasa bermula 23 Jun.