PSYCHIC FEVER Bawa Nafas Baharu dalam EP Terbaru ‘PSYCHIC FILE III’

Kumpulan popular dari Jepun, PSYCHIC FEVER, kini kembali dengan EP terbaru mereka berjudul “PSYCHIC FILE III”, yang sudah boleh distrim di semua platform muzik utama. EP ini menampilkan empat lagu baharu yang menggabungkan elemen R&B, pop dan hip-hop — membawakan perubahan gaya serta kematangan muzik kumpulan ini, yang semakin mendapat tempat di peringkat global.

Selepas kejayaan lagu pra-rilisan mereka “Gelato”, EP ini membawa pendengar menyelami perjalanan emosi yang sinematik, penuh dengan keunikan muzik PSYCHIC FEVER. Lagu utama EP ini, “Reflection”, memberi nafas baharu kepada gaya R&B klasik era 90-an dan awal 2000-an, tetapi dengan sentuhan moden. Dipengaruhi genre DrillnB yang semakin mendapat perhatian, susunan muziknya mengingatkan kepada gaya penerbit terkenal Timbaland. Lagu ini dihasilkan oleh JIGG, dengan kolaborasi penulis lagu dari Los Angeles dan Eropah Utara, manakala lirik pula ditulis oleh penulis tetap mereka, Nvmbrr.

Setiap lagu dalam EP ini membawa tema dan emosi yang berbeza – daripada lagu rancak dan penuh tenaga seperti “EVOLVE”, hinggalah ke lagu yang menyentuh hati seperti “PROMISE”. Semuanya mencerminkan pelbagai sisi identiti muzik PSYCHIC FEVER – berani, jujur dan penuh ekspresi. Mereka terus memperluaskan definisi J-Pop moden dengan gaya tersendiri.

Single mereka yang tular, “Just Like Dat feat. JP THE WAVY”, kini telah mencatat lebih 14 juta strim di Spotify. Lagu-lagu lain keluaran 2025 seperti “What’s Happenin’” dan “Paradise” juga mendapat sambutan hangat kerana melodi yang catchy dan gabungan genre yang segar. Ini membuktikan daya tarikan muzik mereka di peringkat antarabangsa terus kukuh.

Tahun ini, PSYCHIC FEVER telah menjayakan jelajah konsert mereka di Amerika Syarikat dengan sambutan hangat – termasuk penampilan di festival muzik SXSW 2025 di Austin, Texas. Persembahan penuh tenaga dan koreografi mantap mereka mendapat pujian ramai.

Susulan kejayaan itu, mereka akan memulakan jelajah bertemu peminat di Eropah dan Amerika Syarikat pada bulan Julai. Selain itu, konsert berskala besar mereka di Jepun bertajuk “PSYCHIC FEVER LIVE TOUR 2025 ‘EVOLVE’” akan bermula pada bulan Jun. Mereka juga sedang merancang untuk mengembangkan aktiviti ke beberapa negara Asia. Dalam siri konsert kali ini, mereka ingin menampilkan sisi yang lebih santai dan mesra, sambil terus memperkukuh hubungan dengan peminat di seluruh dunia.

Jom saksikan persembahan PSYCHIC FEVER dengan lagu ‘Just Like Dat’ feat. JP THE WAVY ketika siri jelajah Amerika Syarikat di Los Angelas.

Dengan langkah berani ini, PSYCHIC FEVER terus mengukuhkan kedudukan sebagai antara kumpulan paling berpengaruh dalam gelombang baharu muzik pop Jepun – dan mereka bersedia untuk menawan dunia.


Jangan lepaskan peluang untuk mendengar lagu-lagu terbaru PSYCHIC FEVER dari “PSYCHIC FILE III”! Strim sekarang di semua platform utama di https://psychicfever.lnk.to/PSYCHICFILE3

Senarai Lagu dalam EP “PSYCHIC FILE III”

  1. Reflection
  2. Gelato
  3. EVOLVE
  4. PROMISE