Barisan pelakon dan kru drama GOOD BOY telah menghadiri sidang media khas di Seoul bagi memperkenalkan siri aksi-komedi yang sangat dinanti-nantikan ini. Pengarah Sim Na-yeon bersama bintang utama Park Bo Gum, Kim So Yyun, Oh Jung Se, Lee Sang Yi, Heo Sung Tae, dan Tae Won Seok berkongsi cerita menarik di sebalik tabir serta apa yang boleh diharapkan penonton.
Drama ini mengisahkan sekumpulan bekas atlet kebangsaan yang juga pemenang pingat yang kini menggalas tugas sebagai anggota polis untuk membanteras kumpulan jenayah besar. Watak-watak utama ialah Yun Dong-ju (Park Bo Gum), Ji Han-na (Kim So Hyun), Kim Jong-hyeon (Lee Sang Yi), Ko Man-sik (Heo Sung Tae) dan Shin Jae-hong (Tae Won Seok). Walaupun mereka nampak seperti “pasukan tangkap muat”, mereka berjuang habis-habisan demi menegakkan keadilan. GOOD BOY akan mula ditayangkan di Prime Video mulai 31 Mei di Malaysia dan lebih 240 negara lain.
Berikut ialah 5 sebab utama kenapa anda perlu tonton “GOOD BOY”:
1. Barisan Pelakon & Krew Yang Mantap

Drama ini menampilkan gabungan pelakon dan pembikin drama bertaraf tinggi. Pengarah Sim Na-yeon pernah memenangi Best Drama di Baeksang Arts Awards menerusi Beyond Evil, dan mengarah drama popular The Good Bad Mother. Penulis skrip Lee Dae-il pula terkenal dengan siri Life on Mars, Bring It On, Ghost, dan Chief of Staff.
Park Bo-gum kembali selepas kejayaan When Life Gives You Tangerines, dan kali ini digandingkan dengan Kim So-hyun, yang dinantikan peminat sejak mereka menjadi hos bersama 10 tahun lalu. Oh Jung-se, si pelakon ‘serba boleh’, menyerlah dalam Revenant dan It’s Okay to Not Be Okay.. Lee Sang-yi pula dikenali dalam siri seperti No Gain No Love, Spice Up Our Love, dan Bloodhounds. Heo Sung-tae menjadi fenomena global menerusi Squid Game, manakala Tae Won-seok menunjukkan konsistensi dalam siri seperti Player dan Private Lives. Dengan barisan bakat sehebat ini, ia sememangnya kombinasi yang mantap.
2. Aksi Hebat & Lawak yang Menjadi
Setiap pelakon meluangkan antara 3 hingga 8 bulan menjalani latihan fizikal untuk membawa watak bekas atlet yang kini menjadi polis. Park Bo-gum berkata, “Saya benar-benar mahu menjiwai watak saya. Kami semua datang awal ke set dan berlatih setiap hari.”
Pengarah Sim Na-yeon menjelaskan bagaimana mereka gabungkan aksi lasak dengan elemen kelakar, contohnya menggunakan teknik sukan seperti gusti dan lontar cakera untuk adegan perlawanan yang unik dan lucu. Tae Won-seok juga berkongsi satu babak lucu di mana dia membaling tisu basah, yang katanya “macam adegan fantasi dan sangat kelakar.” Gabungan ini pasti membuatkan penonton terhibur.
3. Santai dan Menghiburkan
Walaupun ada unsur siasatan jenayah, drama ini tidak terlalu berat. Ia seimbang dengan aksi, komedi dan momen menyentuh hati. Pengarah berkata, “Kami nak drama ini mesra penonton, senang diikuti dan menyeronokkan. Saya harap GOOD BOY jadi hiburan hujung minggu anda.”
Kim So Hyun juga berkata, “Kami rakam drama ini semasa musim panas, jadi ia akan beri rasa segar kepada penonton.” Manakala Lee Sang Yi mencadangkan, “Tonton drama ini sebelum tidur sambil makan snek malam — memang sesuai untuk hujung minggu.”
4. Keadilan yang Menyentuh Hati
Salah satu elemen paling menarik ialah perjuangan menentang kejahatan oleh kumpulan ‘underdog’ ini. Pengarah menerangkan bahawa semua watak utama — bekas atlet yang kini polis — berjuang demi keadilan. Park Bo Gum berkata, “Saya sangat tersentuh melihat bagaimana mereka lawan demi keadilan. Saya harap drama ini dapat beri semangat kepada mereka yang bekerja keras menegakkan keadilan di dunia sebenar.”
Oh Jung Se, yang memegang watak jahat dalam drama ini, berkata: “Walaupun ada watak jahat, mereka ada menyimpan kisah sedih yang buat kita faham dan ingin sokong mereka.”
Dalam dunia penuh ketidakadilan, menyaksikan perjuangan demi keadilan pasti sangat memuaskan.
5. Penuh Makna & Inspirasi
Walaupun drama ini menghiburkan, ia juga penuh dengan mesej mendalam. Oh Jung Se menyebut, “Ada banyak perkara yang boleh buat penonton berfikir, contohnya apa erti sebenar ‘kejahatan’ dan ‘keadilan’.” Heo Sung Tae pula berkata dia hampir menangis membaca salah satu adegan aksi yang sangat menyentuh hati.
Park Bo Gum menambah, “Setiap permulaan baharu boleh jadi sumber kekuatan dalam hidup. Drama ini juga ialah permulaan baharu buat saya. Kalau anda sedang melalui cabaran, saya harap GOOD BOY dapat beri semangat dan harapan.”
Jangan Terlepas!
Drama aksi, komedi dan siasatan yang lengkap dengan mesej bermakna ini akan mula ditayangkan pada 31 Mei, setiap Sabtu dan Ahad, eksklusif di Prime Video.