Ahn Hyo Seop dan Chae Won Bin Sah Terajui Drama Romantik Komedi Terbaharu

Ahn Hyo Seop dan Chae Won Bin akan membintangi drama romantik komedi terbaharu bertajuk Sold Out Again Today (judul sementara)!

Drama baharu terbitan SBS ini mengisahkan percintaan dalam suasana penuh fantasi antara Matthew Lee, seorang petani yang bekerja tiga pekerjaan serentak, dan Dam Ye Jin, seorang hos jualan terkenal yang mengalami masalah insomnia teruk.

Ahn Hyo Seop, yang dikenali menerusi siri Dr. Romantic dan Lovers of the Red Sky, akan melakonkan watak Matthew Lee, seorang petani yang turut digelar “Maechuri” (bermaksud “puput” dalam bahasa Korea). Dia satu-satunya petani di dunia yang menanam bahan ajaib, dan dalam masa yang sama merupakan CEO kepada syarikat bahan kosmetik semula jadi serta penyelidik R&D kosmetik. Walaupun hidupnya kelihatan sibuk dan rutin harian di kampung sangat tersusun, Matthew Lee menyimpan satu rahsia besar yang tidak diketahui sesiapa, menjadikan latar belakangnya penuh misteri.

Chae Won Bin, pemenang Pelakon Baru Wanita Terbaik di Anugerah Seni Baeksang ke-61 menerusi lakonannya dalam Doubt, akan membawa watak Dam Ye Jin—seorang hos jualan dari syarikat home shopping terkemuka di Korea Selatan. Dia merupakan hos yang berjaya menjual pelbagai jenis produk, daripada barangan rumah sehinggalah ke suplemen kesihatan, fesyen dan elektronik. Namun akibat mengurangkan waktu tidur demi prestasi kerja, Dam Ye Jin akhirnya mengalami insomnia yang serius.

Penonton kini sudah tidak sabar menantikan keserasian romantik antara Matthew Lee dan Dam Ye Jin, yang saling menemui ketenangan selepas malam-malam tanpa tidur.

Sold Out Again Today dijadualkan tayangannya pada tahun 2026.

Sumber : 1