SHINee Rai Ulang Tahun Ke-17 Dengan Single Baharu Dan Konsert Istimewa

SHINee bakal kembali menyapa peminat bersempena ulang tahun debut mereka yang ke-17!

Bagi meraikan detik istimewa ini, SHINee akan menganjurkan “SHINee WEEK”, di mana mereka akan menstrim semula konsert kumpulan dari siri pertama hingga kelima bermula 18 hingga 22 Mei, jam 8 malam (KST) menerusi saluran YouTube rasmi mereka.

Terdahulu, SHINee juga telah mengumumkan konsert ketujuh mereka, bertajuk “SHINee WORLD VII [E.S.S.A.Y] (Every Stage Shines Around You)”, yang akan berlangsung di KSPO DOME dari 23 hingga 25 Mei.

Kemuncaknya, pada 25 Mei, SHINee akan melancarkan sebuah single baharu yang mengandungi dua buah lagu, termasuk lagu utama. Lagu ini akan dilancarkan di pelbagai platform penstriman muzik pada jam 12 tengah malam (KST) dan turut akan diterbitkan dalam bentuk album fizikal, dengan maklumat lanjut akan dikongsikan kemudian.

Sumber : 1