Pada 7 Disember yang lalu, bertempat di Arena of Stars, Resorts World Genting, Kumpulan rock popular Korea, CNBLUE, akhirnya kembali lagi ke Malaysia pada tahun ini untuk konsert yang sangat dinantikan oleh peminat mereka BOICE di Malaysia. Dianjurkan secara bersama oleh Absolute Technical Production dan Sparkling Star, Malaysia merupakan destinasi terakhir untuk jelajah 2024 ini <2024 CNBLUE LIVE IN ASIA – VOYAGE into X MALAYSIA>.
CNBLUE yang dianggotai oleh Jung Yong-hwa (vokalis, gitaris, keyboard), Lee Jung-shin (bass) dan Kang Min-hyuk (dram), telah memulakan jelajah bertema < VOYAGE into X> yang menggabungkan elemen misteri lautan dan kosmos, bersempena dengan peluncuran mini album terbaru mereka, “X”. Jelajah ini melambangkan perjalanan berani CNBLUE yang dipenuhi dengan semangat muzik ke arah pengembaraan baru! ‹VOYAGE into X> bermula di Seoul dan diteruskan ke Macau, Taipei, Bangkok, dan banyak lagi. Pada acara ini, pentas berbentuk ‘X’ yang khas akan dibina, sementara mereka akan mempersembahkan lagu-lagu klasik yang ikonik serta karya-karya terbaru, memberikan peluang kepada BOICE untuk merasai kehangatan persembahan langsung CNBLUE yang bertenaga dengan lebih dekat dan menyeluruh. Ini akan menjadi penutupan yang sempurna dan penuh semangat untuk tahun 2024!

CNBLUE memulakan persembahan pada jam 6 petang dengan tiga lagu hit “In My Head”, “Where You Are” dan “I’m Sorry”. Kemunculan tiga orang ahli dari kumpulan ini sangat menyemarakkan semangat peminat-peminat CNBLUE yang berada di Arena of Stars, Resorts World Genting apabila ketiga-tiga mereka menyapa peminat dengan “apa khabar sayang” . CNBLUE juga mengatakan bahawa ini merupakan konsert mereka yang pertama di buat di luar kawasan Kuala Lumpur. Mereka sangat teruja untuk membuat persembahan pertama di Genting Highland, Pahang.
Ketiga-tiga anggota kumpulan ini juga kelihatan begitu teruja melihat rata-rata peminat mereka mengenakan warna pakaian yang ditetapkan oleh kelab peminat CNBLUE Malaysia iaitu warna merah. Jung Yong-hwa juga mengatakan ketika melihat peminat dari atas pentas BOICE di Malaysia sangat kelihatan menakjubkan dengan warna merah yang menyala. Ketiga-tiga mereka juga menunjuk kepada peminat bahawa mereka juga ada memakai sedikit merah di pakaian mereka yang berwarna hita dan mengatakan merah adalah warna hati kita semua.
Persembahan diteruskan lagi dengan tiga lagu seterusnya “Cold Love” “BAD BAD” dan “Tattoo”. Pada 20 April tahun ini juga, CNBLUE telah mengadakan konsert 2024 CNBLUE Live “CNBLUENTITY” in Kuala Lumpur yang berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur, Ketiga-tiga anggota kumpulan ini masih ingat lagi akan perkataan “MANTAP” yang diajar oleh peminat mereka semasa konsert ini. Ketiga-tiga mereka terus membuat ayat dengan perkataan mantap seperti “we’re so MANTAP” “you guys so MANTAP” “It’s gonna be MANTAP show”. Lee Jung-shin juga menjelaskan MANTAP dalam Bahasa korea is “DAEBAK”.
Lee Jung-shin yang merupakan seorang bassist juga membuat persembahan solonya dengan menyanyikan lagu yang bertajuk “Let Me Know”. Sepanjang konsert berlangsung CNBLUE telah mendendangkan 25 buah lagu popular mereka, termasuk lagu-lagu seperti “Y, Why…”, “I’m a Loner”, “Face to Face”, “Coffee Shop”, “Wake Up”, “To. My Love”, “Then, Now and Forever”, “A Sleepless Night”, “Intuition”, “Have a Good Night”, “Racer”, “99%”, “Cinderella”, “Between Us”, “Radio”, “Blue Star”, “Young Forever”, dan “You’re So Fine”.
Persembahan selama 3 jam ini sangat memberikan peminat semua sebuah moment yang begitu indah untuk diabadikan. Keseluruhannya, persembahan mereka sangat bertenaga, memukau, menghiburkan dan berjaya membawa peminat untuk turut serta ikut bernyanyi. Terima kasih kepada Absolute Technical Production dan Sparkling Star yang telah merealisasikan impian peminat CNBLUE di Malaysia. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih atas peluang kepada KMania untuk merakamkan momen indah bersama kumpulan yang berbakat ini, CNBLUE.