ADOR Beri Kenyataan Balas Mengenai Sidang Media NewJeans

ADOR telah memberikan maklum balas berhubung pengumuman penamatan kontrak oleh NewJeans.

Pada 28 November, kelima-lima ahli NewJeans mengadakan sidang media untuk mengumumkan bahawa mereka akan menamatkan kontrak eksklusif bersama ADOR berkuat kuasa pada 29 November jam 12.00 pagi KST.

Baca juga : Terkini: NewJeans Angkat Kaki Dari ADOR

Susulan pengumuman itu, ADOR mengeluarkan kenyataan berikut:

Ini adalah pengumuman rasmi dari ADOR.

Kami kecewa kerana sidang media untuk mengumumkan penamatan kontrak eksklusif telah diadakan tanpa menunggu maklum balas terhadap pengesahan kandungan dan tanpa pertimbangan yang sewajarnya.

Sebagai pihak yang terlibat dalam kontrak eksklusif ini, ADOR tidak melanggar sebarang perjanjian, dan dakwaan bahawa kepercayaan telah terjejas secara sepihak tidak memenuhi syarat untuk menamatkan kontrak.

Kontrak eksklusif antara ADOR dan ahli-ahli NewJeans kekal sah. Oleh itu, kami menjangkakan mereka akan meneruskan aktiviti yang telah dirancang bersama ADOR seperti biasa.

Kami telah mencadangkan beberapa pertemuan bersama para artis, namun pertemuan tersebut tidak dapat direalisasikan. Kami berharap, meskipun dalam situasi ini, kedua-dua pihak dapat berbincang dengan hati yang terbuka dan mengadakan perbualan secara ikhlas.

ADOR akan terus berusaha sedaya upaya untuk menyokong NewJeans dalam aktiviti mereka serta membantu mereka berkembang lebih jauh sebagai artis bertaraf global.

Isu ini masih menjadi perhatian ramai. Nantikan perkembangan seterusnya mengenai situasi ini.

Sumber : 1