Secara rasminya, drama “Crash” akan kembali dengan Musim 2!
Pada 21 Ogos, syarikat produksi ASTORY mengesahkan pengeluaran Musim 2 drama popular “Crash.”
“Crash” yang mula disiarkan pertama kali pada 13 Mei lalu merupakan drama Korea pertama bertemakan penyiasatan jenayah lalu lintas. ”Crash” ini mengisahkan tentang anggota pasukan TCI (Traffic Crime Investigation) yang membasmi kejahatan di jalanan dengan menggunakan kenderaan. Pasukan TCI ini terdiri dari Cha Yeon Ho (Lee Min Ki), Min So Hee (Kwak Sun Young), Jung Chae Man (Heo Sung Tae), Woo Dong Ki (Lee Ho Cheol), dan Eo Hyun Kyung (Moon Hee). Mereka menjalankan tugas dengan kepakaran masing-masing.
Musim pertama “Crash” menyaksikan drama ini berjaya memecahkan rating penontonnya sendiri dalam setiap episod. Malam, episod terakhirnya mencapai purata tontonan nasional sebanyak 6.6%, yang merupakan rating tontonan kedua tertinggi dalam sejarah ENA. Jalan penceritaan siri ini yang penuh aksi dan dramatik membuatkan para penonton tidak sabar menantikan episod seterusnya tambah-tambah lagi apabila adanya kes terbaru di saat akhir drama.
Penulis Oh Soo Jin menyatakan, “Musim kedua bukan sahaja menunjukkan keserasian antara ahli pasukan TCI, tetapi juga akan mendedahkan pelbagai kisah karakter mereka di Balai Polis Namgang. Kami akan menangani pelbagai jenis kes jenayah lalu lintas, jadi nantikan.”
Pengarah Park Jun Woo juga mengulas, “Terima kasih kepada sokongan penonton, kami akan melakukan yang terbaik untuk menjadikan ‘Crash 2’ sebagai siri penyiasatan gaya Korea untuk jangka masa yang lama dengan episod yang lebih pelbagai dan adegan aksi kereta yang lebih baik.”
Syarikat produksi Ace Story berkata, “Pada penghujung musim 1, gabungan pasukan TCI bertukar daripada ‘Agensi Polis Negara’ kepada ‘Ibu Pejabat Siasatan Kebangsaan.’ Jadi, akan ada lebih banyak aksi berkereta daripada musim 1. Sila nantikan kami.”
Penulis juga ingin menyaksikan apa yang akan dilakukan selanjutnya oleh Baek Hyun Jin dan Kim Kwang Sik yang seringkali menidakkan kehebatan pasukan TCI. Apakah pula akan berlaku antara Lee Tae Ju dan Min So Hee, seakan ada benda yang masih belum diselesaikan. Mungkinkan hubungan antara Min So Hee dan Cha Yeon Ho akan berkembang baik? Semua ini mungkin akan terjawab dalam Musim 2 “Crash”.
Sumber : 1