Kim Jaejoong kembali bintangi drama terbaru selepas tujun tahun disamping Jin Se Yeon, Lee Jong Won dan Yang Hye Ji

Minisiri baharu MBN untuk slot Jumaat-Sabtu “Bad Memory Eraser” (tajuk literal) telah berkongsi barisan pelakon dan rancangan penyiarannya.

Kim Jaejoong akan kembali mewarnai drama TV apabila pelakon itu telah bersetuju untuk membintangi drama pertamanya dalam tujuh tahun, bersama Jin Se Yeon, Lee Jong Won, dan Yang Hye Ji.

Diarahkan oleh Yoon Ji Hoon dan Kim Na Young, dan ditulis oleh Jung Eun Young, “Bad Memory Eraser” ini adalah percintaan yang mendebarkan tentang seorang lelaki yang hidupnya berubah kerana pemadam ingatan dan cinta pertamanya.

Kim Jaejoong akan memegang watak Lee Kun, bekas atlet pemain tenis yang cemerlang tetapi hilang harga diri dan keyakinan selepas kecederaan. Walau bagaimanapun, semua kenangan masa lalunya dipadamkan dengan penghapus ingatan, dan dia diibaratkan dilahirkan semula dengan harga diri, keyakinan dan penampilan yang baru dan maksimum. Ramai yang meletakkan jangkaan yang tinggi apabila ini merupakan pertama kali dalam yempoh tujuh tahiun Jaejoong kembali ke skrin kecil.

Jin Se Yeon akan memainkan watak Kyung Joo Yeon, seorang pakar psikiatri di pusat penyelidikan neurologi. Dia digambarkan sebagai seorang perfeksionis dan memiliki personaliti yang dingin .  Kyung Joo Yeon menjadi cinta pertama palsu Lee Kun melalui manipulasi ingatan. Dengan pengalaman mengagumkan dalam drama sejarah dan moden seperti ‘Doctor Stranger’, ‘Flowers of the Prison’, dan ‘Grand Prince’, Jin Se Yeon akan memaparkan daya tarikannya dalam ‘Bad Memory Eraser’, yang menggabungkan kecerdasan dan daya tarikan unik.

Lee Jong Won pula akan membawakan watak sebagai adik lelaki Lee Kun dan pemain tenis No. 1 dunia, Lee Shin. Lee Jong Won dijangka akan menggambarkan luka rahsia Lee Shin dan pada masa yang sama mempamerkan chemistry persaudaraan dengan Kim Jaejoong, yang akan memainkan watak Lee Kun.

Manakala Yang Hye Ji akan memegang watak sebagai jurubahasa bintang dunia Lee Shin, Jeon Sae Yan dan watak yang digemari oleh semua orang.

“Bad Memory Eraser” akan ditayangkan pada 2 Ogos menerusi rangkaian MBN.

Sumber : 1

loading...