Seo Kang Joon setuju bintangi drama aksi komedi terbaru MBC sebagai ejen rahsia

Selepas hampir dua tahun, nampaknya Seo Kang Joon akan kembali ke skrin kecil dengan drama aksi komedi yang baharu!

Pada 10 Jun, slot drama Jumaat-Sabtu MBC akan datang “Undercover High School” (tajuk kerja) mengesahkan bahawa Seo Kang Joon akan membintangi drama tersebut.

“Undercover High School” ialah drama aksi komedi tentang seorang lelaki yang menyamar sebagai pelajar sekolah menengah yang menyembunyikan identitinya sebagai ejen Perkhidmatan Perisikan Negara (NIS). Dalam tempoh penyamarannya sebagai pelajar sekolah, dia telah menjalinkan hubungan baik dengan rakan sekelasnya dan dia melakukan ini untuk mengesan jongkong emas Maharaja Gojong yang hilang.

Drama ini dikarang oleh Im Young Bin daripada “Bad Prosecutor” dan ini merupakan projek pertama Seo Kang Joon selepas menamatkan khidmat tentera wajibnya pada Mei 2023.

Seo Kang Joon memegang watak Jung Hae Sung, seorang ejen hebat dan berbakat NIS  yang diturunkan pangkat selepas menyebabkan isu besar semasa operasi. Dalam operasi baharu, Jung Hae Sung menyamar sebagai pelajar sekolah menengah untuk menyusup masuk ke sebuah sekolah yang mempunyai kaitan dengan kehilangan jongkong emas Maharaja Gojong, dan di sana, dia akhirnya menikmati kehidupan di sekolah menengah seperti pelajar yang lain.

Terdahulu, Jin Ki Joo dan Kim Min Ju dilaporkan sedang berbincang untuk membintangi drama tersebut. “Undercover High School” dijadualkan disiarkan di MBC sebagai drama Jumaat-Sabtu pada tahun 2025.

Nantikan lebih banyak kemas kini!

Sumber : 1

loading...