Siap sedia peminat “Pachinko” kerana pasukan produksi dah siiap sedia untuk tayangannya.
Pada 31 Mei, Apple TV+ secara rasmi mengumumkan bahawa siri yang dinanti ramai ini akan kembali untuk musim kedua pada 23 Ogos ini. “Pachinko” Musim pertama telah memenangi pelbagai anugerah termasuk Best Foreign-Language Series di US Critics Choice Awards dan US Gotham Award for Breakthrough Series – Long Form.
Berdasarkan novel terlaris dengan nama yang sama oleh Min Jin Lee, “Pachinko” ialah kisah perang dan keamanan, cinta dan perpisahan berbilang generasi, serta kejayaan dan penghakiman yang merangkumi Korea, Jepun dan Amerika Syarikat.
Musim kedua ini juga terdiri daripada lapan episod, yang mana satu episode akan ditayangkan pada setiap minggu bermula dari 23 Ogos hingga 11 Oktober.
Pada musim pertama, “Pachinko” dibintangi oleh Youn Yuh Jung, Lee Min Ho dan Kim Min Ha. Bersambung ke musim kedua, Kim Sung Kyu akan menyertai barisan pelakon hebat tersebut. Musim 2 juga akan menyaksikan kepulangan Jin Ha, Jung Eun-chae, Han Jun-woo, Anna Sawai, dan Soji Arai, yang kesemuanya memberikan persembahan hebat dalam Musim 1.
Sementara itu, perancangan dan skrip untuk ‘Pachinko’ Musim 2 sekali lagi dikendalikan oleh Soo Hyeok yang bertanggungjawab untuk Musim 1. Michael Ellenberg dan Lindsey Springer dari Media Res dan Teresa Kang dari Blue Marble Pictures mengambil bahagian dalam produksi eksekutif. Rian Welham, Jin Jun-rim, dan Sang-il Lee dilantik sebagai pengarah. Seperti Musim 1, “Pachinko” Musim 2 akan dihasilkan dalam bahasa Korea, Jepun dan Inggeris.