Ambil masa 10 tahun untuk kembali ke Malaysia, tiket “CNBLUENTITY” akan mula dijual pada umum mulai 29 Februari

Kumpulan pop rock Korea Selatan CNBLUE kembali ke Malaysia selepas 10 tahun untuk menjayakan konsert pertama. Tiket 2024 CNBLUE Live “CNBLUENTITY” in Kuala Lumpur yang memberi faedah kepada peminat dengan jumlah terhad akan mula dijual secara umum pada 29 Februari manakala pendaftaran pra-jualan dibuka pada 23 Februari

KUALA LUMPUR, 20 Februari 2024 – Penantian peminat CNBLUE selepas hampir 10 tahun untuk melihat kumpulan pop-rock Korea Selatan itu mengadakan persembahan di Malaysia bakal menjadi kenyataan.

Kehadiran CNBLUE bagi menjayakan konsert bertajuk 2024 CNBLUE Live “CNBLUENTITY” in Kuala Lumpur di Mega Star Arena, KL pada hari Sabtu, 20 April 2024 jam 8 malam adalah atas usaha Hit Maker Entertainment dan Lo-Fi Entertainment selaku penganjur bersama.

CNBLUE yang dianggotai oleh Yonghwa sebagai vokalis utama dan gitar, pemain dram Minhyuk serta Jungshin sebagai pemain bass memulakan kerjaya seni mereka pada 2010 di bawah pengurusan FNC Entertainment. Gabungan nama band dengan perkataan “identity”, CNBLUENTITY adalah untuk menggambarkan identiti trio tersebut.

Sudah pasti band ini akan memikat hati peminat di Malaysia dengan lagu-lagu yang melonjakkan nama mereka seperti I’m a Loner, I’m Sorry, Love and Can’t Stop dan banyak lagi. Selain itu, CNBLUE juga pasti akan menghiburkan peminat dengan lagu-lagu baharu dendangan mereka dan beramah mesra dengan peminat setia yang digelar BOICE.

Sepanjang kerjaya mereka, CNBLUE telah merakamkan lagu dalam bahasa Korea, Jepun, Inggeris dan bahasa lain dengan diskografi yang merangkumi 11 album studio, 14 album mini (EP), 33 single dan tiga album kompilasi. Band ini telah menerima pelbagai anugerah seperti Golden Disc Awards, Mnet Asian Music Awards (MAMA) dan Melon Music Awards.

Selain muzik, ketiga-tiga ahli itu juga berbakat dalam bidang lakonan dan sering muncul dalam K-drama. Yonghwa melakonkan watak utama dalam drama komedi “Brain Works” pada tahun 2023, Minhyuk membintangi drama popular “Celebrity” tahun lepas, manakala Jungshin memainkan peranan utama dalam komedi percintaan “Sh**ting Stars” pada tahun 2022.

Tiket ke 2024 CNBLUE Live “CNBLUENTITY” in Kuala Lumpur yang menampilkan pelbagai faedah kepada peminat akan mula dijual pada jam 12 tengah hari, 29 Februari ini.

Jualan tiket pelbagai faedah yang dijual dalam bentuk terhad ini boleh dibeli melalui www.ticketingtix.com pada harga berikut, tertakluk pada yuran pemprosesan sebanyak RM4:

Berdiri
Zon BOICE – RM798
(Faedah Untuk Peminat: Hanya 900 peminat berpeluang menonton band buat soundcheck, 900 peminat menyertai Sesi Selamat Tinggal, 200 peminat mendapat poster yang ditandatangani, Lanyard berlamina terhad semasa pra-jualan.)

Duduk
Zon THEN – RM698
(Faedah Untuk Peminat: Hanya 100 peminat berpeluang menonton band buat soundcheck, 100 peminat menyertai Sesi Selamat Tinggal, 60 peminat mendapat poster yang ditandatangani, Lanyard berlamina terhad semasa pra-jualan.)

Zon NOW – RM598
(Faedah Untuk Peminat: Poster ditandatangani untuk 40 peminat, Lanyard berlamina terhad semasa pra-jualan.)

• Zon FOREVER – RM398
(Faedah Untuk Peminat: Lanyard berlamina terhad semasa pra-jualan.)

Sebelum jualan untuk umum, prajualan dalam talian untuk konsert itu akan disediakan dan peminat boleh membuat prapendaftaran di https://bit.ly/3UzKfCZ dengan kapasiti terhad bermula dari 23 Februari (12PM) sehingga 25 Februari (11.59PM).

Pendaftar yang berjaya akan dapat mengakses prajualan tiket pada 28 Februari jam 12 tengah hari dan menerima lanyard berlamina terhad dengan pembelian tiket mereka.

ERA, HITZ dan GOXUAN ialah Rakan Media Rasmi untuk konsert ini.

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini, ikuti Lo-Fi Entertainment di Facebook dan Instagram.

Nota : Gambar dikreditkan kepada pemilik seperti yang tertera