Nampaknya giliran pelakon Na In Woo untuk menjalani perkhidmatan tentera wajib telah tiba.
Pada 15 Februari, media Korea melaporkan bahawa Na In Woo dijadualkan untuk menyertai tentera pada 2024, sejurus selepas menikmati populariti besar dengan kejayaan “Marry My Husband.”
Selain itu, pada tarikh yang sama media turut melaporkan bahawa pelakon itu telah memohon penangguhan tarikh perkhidmatan tenteranya supaya dia boleh sertai pasukan dan para pelakon “Marry My Husband” ke Vietnam. Kos percutian yang ditanggung sepenuhnya itu adalah hadiah daripada pihak tvN sebagai tanda penghargaan kepada barisan pelakon dan krew produksi di atas kejayaan drama tersebut.
Oleh kerana ramai yang bertanya mengenai pendaftaran masuk tentera Na In Woo, labelnya mengesahkan, “Kami berharap pihak Pentadbiran Sumber Manusia Tentera dapat membenarkan dia untuk menikmati percutiannya sebelum mendaftar.”
Namun begitu label Na In Woo tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dengan tepat bila pelakon itu akan mendaftar. Jika pelakon itu meminta kelonggaran untuk bercuti, maka perkhidmatan tenteranya mungkin bermula sekitar Mac 2024.
Untuk pengetahuan, pelakon kacak kelahiran 1994 itu telah mencapai had umur di mana dia sepatutnya telah menamatkan perkhidmatan tentera wajib dan oleh itu, dia kini sedang menunggu perintah perkhidmatan tenteranya.
Berita mengenai Na In Woo akan memulakan khidmat tentera ini mendapat perhatian ramai peminat dan netizen. Mereka melahirkan rasa kesal dan kasihan kerana Na In Woo terpaksa berkhidmat dalam tentera dan hilang daripada pandangan umum buat seketika, sejurus kariernya mencapai kemuncak baharu dalam “Marry My Husband”. Seandaianya pelakon ini akan memulakan khidmat tentera, pasti ramai yang merindui penampilannya dalam “2 Days 1 Night” yang mana kehadirannya sangat menceriakan suasana tambah lagi dia dilihat serasi bersama peserta yang lain.
Terdahulu, Na In Woo juga mengambil keputusan untuk tidak memperbaharui kontraknya bersama Cube Entertainment setelah kontraknya tamat pada 18 Januari lalu setelah 12 tahun bersama.
Sejak disiarkan pada 1 Januari 2024, drama “Marry My Husband” berjaya mendapat perhatian netizen sehingga ratingnya mencecah dua digit. Setakat ini, rating tertinggi Marry My Husband merekodkan purata tontonan sebanyak 11.77% pada 5 Februari 2024 dan drama itu akan menamatkan episode terakhirnya pada 20 Februari.
“Marry My Husband” boleh ditonton menerusi platform Prime Video Malaysia.
Nantikan kemaskini selanjutnya mengenai Na In Woo.
Sumber : 1 |