3 persoalan ini akan terjawab dalam dua episode akhir “Marry My Husband”

Kepada yang mengikuti drama “Marry My Husband” sejak dari awal, pastinya korang tidak sabar untuk menantikan pengakhiran drama ini. Tambah lagi, episode ke 13 dan 14 sedikit memberi ketegangan apabila kehadiran watak yang dilakonkan oleh BoA sebagai Oh Yu Ra bakal isteri Yoo Ji-Hyuk yang digambarkan antagonis terhadap sesiapa yang berkait-rapat dengan Kang Ji Won dan Yoo Ji-Hyuk. Dia akan melakukan apa sahaja asalkan Kang Ji Won dan Yoo Ji Hyuk berpisah. Dan disebabkan itu, dia mensasarkan Park Min Hwan dan Jung Soo Min sebagai alat untuk membalas dendam terhadap Kang Ji Won. Boleh kata, Oh Yu Ra bersikap toksik dan lebih kejam dari Park Min Hwan dan Jung Soo Min. Oleh sebab itu, dalam dua episode itu dapat kita lihat bagaimana Park Min Hwan dan Jeong Soo Min bertindak ganas terhadap Kang Ji Won apabila dipengaruhi niat jahat Oh Yu Ra.

Berdasarkan novel web popular dengan nama yang sama, “Marry My Husband” mengisahkan kisah balas dendam Kang Ji Won (Park Min Young) yang menderita kanser tahap akhir, yang menyaksikan kawan baiknya Jung Soo Min (Song Ha Yoon) dan suaminya Park Min Hwan (Lee Yi Kyung) mempunyai hubungan sulit—dan kemudian dia dibunuh oleh suaminya. Apabila Kang Ji Won di bawa 10 tahun kembali ke masa lalu dan mendapat peluang kedua untuk hidup, dia akhirnya menggunakan peluang ini untuk membalas dendam terhadap Park Min Hwan dan Jung Soo Min bersama bosnya Yoo Ji Hyeok (Na In Woo).

Menjelang baki dua episod, “Marry My Husband” berkongsi tiga point untuk dijangkakan dalam perlawanan akhir ini:

Spoiler

Kang Ji Won vs Park Min Hwan dan Jung Soo Min: Siapa yang akan menang?

Berbalik kepada punca isu itu, penonton ingin tahu bagaimana Kang Ji Won akan menangani Park Min Hwan dan Jung Soo Min, yang merupakan halangan terbesar dalam hidupnya. Sebelum ini, selepas Park Min Hwan mengetahui Kang Ji Won hanya berpura-pura untuk kembali bersamanya, dia menjadi marah dan mula bertindak ganas. Apatah lagi, Jung Soo Min juga berikrar untuk menghalang Kang Ji Won daripada terus gembira walaupun rancangannya untuk membunuh Kang Ji Won gagal. Ketika dia meminta bantuan Oh Yu Ra (BoA), penonton ingin tahu sama ada Kang Ji Won akan menang atau sebaliknya pada dipengakhiran cerita.

Kang Ji Won & Yoo Ji Hyuk: Adakah mereka akan mempunyai pengakhiran yang bahagia?

 

Melalui peluang kedua mereka dalam hidup, Kang Ji Won dan Yoo Ji Hyuk (Na In Woo) dapat mengembangkan hubungan mereka dan akhirnya menjadi pasangan kekasih. Selepas dia berpeluang untuk hidup kembali, Yoo Ji Hyuk tahu dia ditakdirkan untuk mati jika tiada apa yang berubah, tetapi dia tidak pernah berkongsi perkara tersebut kepada Kang Ji Won. Tambahan pula, apabila Kang Ji Won berada dalam bahaya dan hampir dilanggar trak, Yoo Ji Hyuk tidak teragak-agak untuk campur tangan dengan menjadikan dirinya sebagai penghalang kepada kemalangan itu. Apabila ikatan mereka semakin erat, penonton ingin tahu sama ada mereka akan mendapat pengakhiran yang bahagia dan diimpikan oleh mereka berdua.

Bagaimana nasib Kang Ji Won akan berubah?

Kang Ji Won cuba menghalang kehidupan lampaunya berulang. Walaupun dia berjaya membuatkan Park Min Hwan dan Jung Soo Min berkahwin antara satu sama lain, Kang Ji Won terus berdepan dengan kejutan yang tidak dijangka. Sebagai contoh, nasib tragis Kang Ji Won yang menghidap kanser dan berdepan dengan hubungan sulit suaminya telah dipindahkan kepada rakan sekerjanya Yang Joo Ran (Gong Min Jung). Dek kerana rasa bersalah dan rasa tanggungjawab, Kang Ji Won mara ke depan untuk menyokong Yang Joo Ran dalam setiap cara yang mungkin, seterusnya menimbulkan persoalan tentang berapa banyak lagi nasib dirinya yang akan menyimpang daripada kehidupan pertama Kang Ji Won.

Episod seterusnya “Marry My Husband” akan disiarkan pada 19 Februari dan tersedia untuk tontonan di Prime Video Malaysia. Selamat menonton semua!