Siri aksi yang mendebarkan ‘A Shop for Killers’ lakonan Lee Dong Wook & Kim Hye Jun akan datang ke Disney+ Hotstar 17 Januari 2024

Sebuah kisah mendebarkan yang menyaksikan seorang pelajar kolej berhadapan dengan pembunuh upahan, dron pembunuhan dan banyak lagi hasil daripada kisah silam bapa saudaranya. “A Shop For Killers” dibintangi oleh Lee Dongwook dan Kim Hye Jun.

Pada 14 Disember 2023 – Disney+ Hotstar memulakan perjalanan 2024 dengan mengumumkan siri aksi terbaru yang mendebarkan “A Shop For Killers” yang bakal bersiaran pada 17 Januari depan.

Mengambil latar belakang Korea moden, ‘A Shop For Killers’ mengisahkan tentang seorang pelajar kolej bernama Jeong Jian, yang berlindung di rumah zaman kanak-kanaknya selepas beberapa siri pembunuh upahan berkemahiran tinggi menyasarkannya. Berjuang dengan terdesak untuk terus hidup, Jian akan mula mengingati pelajaran berharga yang diajar oleh bapa saudaranya sebelum kematiannya yang mengejutkan. Jian akan menggunakan ajaran bapa saudaranya untuk membantunya bertahan hidup.

Berasa keliru dan terkurung, Jian perlu bergerak dengan pantas untuk membongkar masa silam bapa saudaranya yang tersembunyi dan mengetahui sebab di sebalik begitu ramai orang berusaha keras untuk mendapatkan akses ke rumah dan senjata yang tersembunyi di dalamnya.

‘A Shop For Killers’ dibintangi oleh Lee Dongwook (Guardian: The Lonely and Great God, Tale of the Nine Tailed) sebagai Jinman, bapa saudara Jian yang misteri; dan Kim Hye Jun (Connect, Kingdom) sebagai Jian, seorang pelajar kolej yang melarikan diri dari beberapa pembunuh yang paling dasyat di planet ini,

“A Shop For Killers” adalah berdasarkan novel asal popular oleh Kang Jiyoung dan ditulis oleh Ji Hojin dan Lee Kwon, serta diarahkan oleh Lee Kwon.2).

Strim “A Shop For Killers” dengan lapan bahagian, bermula 17 Januari 2024, secara eksklusif di Disney+ Hotstar.

loading...