10 drama Korea terbaru pelbagai genre akan temani korang sepanjang Disember ini & sebagai penutup tayangan 2023

Chinguu, Annyeong!! December is coming dan kita semakin menghampiri tahun 2024. Seperti biasa, kami kembali lagi dengan listing drama Korea terbaru yang akan ditayangkan sepanjang Disember 2023 ini untuk tontonan korang. Jadi, jom tambah koleksi drama korang! Agak-agak dah berapa banyak drama Korea tahun 2023 yang dah korang tonton?

Well, ada 10 drama Korea yang terbaru dengan pelbagai genre akan jadi penutup tayangan 2023. Let’s check it out the list. 

1. Sweet Home 2

  • Tarikh Tayangan: 1 Disember 2023
  • Penyiar:  Netflix
  • Barisan Pelakon: Song Kang, Lee Jin Hyuk, Lee Si Young, Go Min Si, Jin Young

Berdasarkan webtoon dengan nama yang sama, “Sweet Home” ialah siri popular tentang Cha Hyun Su (Song Kang), sseorang penyendiri di sekolah menengah yang berpindah ke sebuah pangsapuri baru setelah kehilangan keluarganya dalam satu kemalangan tragis. Di sana, dia akhirnya berdepan serangkaian peristiwa mengejutkan dan menakutkan di mana manusia disekelilingnya tiba-tiba mulai berubah menjadi raksasa. Musim 2 ini akan memberi tumpuan kepada bagaimana Cha Hyun Su dan mangsa yang terselamat yang lain berjuang untuk bertahan selepas meninggalkan Green House.

2. My Man Is Cupid

  • Tarikh Tayangan: 1 Disember 2023
  • Penyiar:  Prime Video
  • Barisan Pelakon: Jang Dong Yoon , Nana

“My Man Is Cupid” memaparkan kisah bertemakan romantik komedi antara pari-pari cinta dan manusia. Oh Baek-ryun (NANA), seorang pakar bedah veterinar yang kecantikannya memikat ramai lelaki. Malangnya, setiap kali dia terlibat dalam hubungan romantis dengan seseorang, pasti lelaki tersebut akan berdepan dengan kemalangan misteri. Perkara itu membuatkan Oh Baek-ryun memutuskan untuk tidak bercinta lagi.

Manakala, Cheon Sang-hyuk (Jang Dong-yoon) ialah pari-pari cinta yang kehilangan sayapnya dalam kejadian tragis 500 tahun lalu. Sejak itu, dia telah melalui tranformasi dan hidup sebagai manusia untuk mendapatkan semula sayapnya. Namun, dalam kehidupan terbarunya, dia mendapati dirinya jatuh cinta pada Oh Baek-ryun.

3. Welcome to Samdalri

  • Tarikh Tayangan: 2 Disember 2023
  • Penyiar:  JTBC | Netflix
  • Barisan Pelakon: Ji Chang Wook, Shin Hye Sun

Terletak di Pulau Jeju, Welcome to Samdal-ri mengikuti rakan zaman kanak-kanak Jo Yong-pil (Ji Chang-wook) dan Jo Sam-dal (Shin Hye-sun). Selepas satu insiden semasa zaman remaja yang telah memisahkan mereka, Yong-pil kekal di kampung halaman mereka sebagai peramal cuaca yang bersemangat tetapi degil, manakala Sam-dal merantau ke Seoul untuk mengejar impiannya menjadi jurugambar fesyen.

Selepas beberapa tahun kemudian, kehidupan Sam-dal di bandar musnah, dan dia akhirnya pulang ke kampung halamannya. Di sana, dia bertemu semula dengan Yong-pil  dan pasangan itu menghidupkan semula persahabatan mereka, yang perlahan-lahan berkembang menjadi percintaan.

4. Night Has Come

  • Tarikh Tayangan: 6 Disember 2023
  • Penyiar:  U+ Mobile TV
  • Barisan Pelakon: Lee Jae In, Kim Woo Seok, Choi Ye Bin, Cha Woo Min

“Night Has Come” membawa tema thriller misteri remaja tentang sekumpulan pelajar sekolah menengah yang terpaksa memainkan versi sebenar permainan mafia yang boleh membawa maut semasa pengasingan kelas. Dibintangi oleh Lee Jae In, Kim Woo Seok, Choi Ye Bin, Cha Woo Min, Ahn Ji Ho, Jeong So Ri, dan ramai lagi, drama ini akan menggambarkan peperangan psikologi yang sengit antara pelajar ketika mereka cuba mengenal pasti pembunuh misteri dan dalam mas yang sama mereka juga cuba mengelak daripada mati dengan kematian yang mengerikan.

5. Soundtrack #2

  • Tarikh Tayangan: 6 Disember 2023
  • Penyiar:  Disney+ Hotstar
  • Barisan Pelakon: Geum Sae Rok, Noh Sang Hyun, Sohn Jeong Hyuck

Susulan daripada “Soundtrack #1” lakonan Han So Hee dan Park Hyung Sik, “Soundtrack #2” ialah drama percintaan baharu yang mengisahkan bekas pasangan yang bertemu semula secara kebetulan. Drama ini mempersembahkan percintaan realistik yang penonton boleh kaitkan daripada perasaan cinta yang penuh ghairah hinggalah kebencian dan penyesalan selepas putus cinta.

Pertemuan pertama dalam band universiti, Hyun-seo dan Soo-ho pertama kali bertemu di universiti dan berkongsi minat yang mendalam terhadap muzik. Namun, tekanan hidup telah memisahkan mereka. Bertahun-tahun kemudian, Soo-ho adalah seorang CEO yang berjaya, tetapi mendapati dirinya letih dan bosan dengan kehidupan. Sementara itu, Hyun-seo telah melepaskan impiannya untuk menjadi penyanyi, dan kini bekerja sebagai guru piano. Berdepan dengan kekecewaan,  pasangan itu bertemu semula dan menemui semula zaman muda mereka melalui muzik.

6. Maestra : Strings of Truth

  • Tarikh Tayangan: 9 Disember 2023
  • Penyiar:  tvN | Disney+ Hotstar
  • Barisan Pelakon: Lee Young Ae, Lee Young Jae

Berdasarkan siri Perancis ‘Philharmonia’, drama misteri ini berkisar tentang jatuh bangun Cha Se-eum (Lee Young-ae), seorang pemain biola berbakat dan satu-satunya konduktor wanita di dunia. Kejayaan yang dikecapinya menyebabkan hubungannya dengan suaminya (Lee Young-jae) dingin, kerana dia berasa rendah diri daripadanya.

Cha Se Eum melakukan yang terbaik untuk menyiasat pelbagai misteri yang berlaku dalam orkestranya. Walaupun dia cukup berani untuk hidup seperti tiada hari esok dan dalam kedudukan yang diidamkan ramai, rahsia yang disembunyikannya daripada semua orang selama ini menyebabkan hidupnya tunggang terbalik.

7. Death’s Game

  • Tarikh Tayangan: 15 Disember 2023
  • Penyiar:  TVING | Prime Video
  • Barisan Pelakon: Seo In Guk, Park So Dam, Kim Ji Hoon, Choi Si Won, Sung Hoon, Kim Kang Hoon, Jang Seung Joo, Lee Jae Wook, Lee Do Hyun, Go Youn Jung, Kim Jae Wook, Oh Jung Se

Berdasarkan webtoon Naver dengan nama yang sama, ‘Death’s Game’ mengisahkan seorang lelaki muda bernama Choi Yi-jae (Seo In Guk), yang cuba membunuh diri selepas kehilangan wang simpanannya dalam penipuan bitcoin. Sikap acuh tak acuhnya terhadap kematian telah menyinggung Death (Park So-dam), dan dia memutuskan untuk menghukumnya dengan bermain dengan satu permainan di mana Yi-jae kini perlu menjalani 12 kali kehidupan dan kematian sebelum dia dihantar ke neraka.

Walau bagaimanapun, Yi-jae mengetahui bahawa dia akan dapat menjalani kehidupan untuk seumur hidup jika dia berjaya mengelak kematian dalam mana-mana daripada 12 nyawa itu. Walaupun telah menamatkan hidupnya sendiri, dia mula tertanya-tanya sama ada keadaan boleh berubah secara berbeza semasa menjalani kehidupan orang lain.

8. Like Flowers in Sand

  • Tarikh Tayangan: 20 Disember 2023
  • Penyiar:   Netflix
  • Barisan Pelakon: Jang Dong Yoon, Lee Joo Myung, Kim Bora

‘Like Flowers In Sand’ mengisahkan Kim Baek Doo (Jang Dong Yoon) yang menyertai sukan gusti tradisional Korea, ssireum. Beliau pernah dianggap sebagai keajaiban ssireum. Bagaimanapun, dengan pasukannya berdepan pembubaran, Baek-doo kini mempertimbangkan rancangannya untuk bersara daripada sukan itu.

Tetapi selepas berpeluang bertemu dengan rakan zaman kanak-kanaknya Oh Yoo-kyung (Lee Ju-myoung), yang kemudiannya mengambil alih sebagai pengurus baharu pasukan ssireumnya, dia mula percaya bahawa ini boleh menjadi titik perubahan dalam kerjaya sukannya.

9. Gyeongseong Creature

  • Tarikh Tayangan: 22 Disember 2023
  • Penyiar:  Netflix
  • Barisan Pelakon: Park Seo Joon, Han So Hee, Wi Ha Joon

Berlatarkan musim bunga tahun 1945, semasa pendudukan Jepun di Gyeongseong, pemberi maklumat  serta pemilik kedai pajak gadai, Jang Tae-sang (Park Seo-joon) dan penyiasat orang hilang Yoon Chae-ok (Han So-hee) bertembung dengan makhluk aneh dan menakutkan.

Dilahirkan daripada ketamakan manusia, ia jelas menunjukkan bahawa makhluk itu adalah ‘benda’ di sebalik rentetan kehilangan baru-baru ini di bandar. Pasangan itu bergelut dengan realiti ngeri apabila berdepan dengan  dengan  makhluk iitu dan berjuang untuk terus hidup.

Telah disahkan bahawa “Gyeongseong Creature” akan dilanjutkan untuk musim ke-2 untuk tayangan Januari 2024 biarpun musim pertama masih belum lagi ditayangkan,

10. My Happy End

  • Tarikh Tayangan: 31 Disember 2023
  • Penyiar:  tvN Asia Astro Ch395, Astro GO, Unifi TV Ch211 & Tonton |9.15PM, Setiap Ahad dan Isnin
  • Barisan Pelakon: Jang Nara, Son Ho Joon, So Yi Hyun

“My Happy End” mengisahkan tentang seorang wanita bernama Seo Jae Won (Jang Nara), yang taksub dan mengejar kejayaan berikutan zaman kanak-kanaknya yang malang. Seo Jae Won, seorang Ketua Pegawai Eksekutif jenama perabot rumah yang bekerja tanpa henti untuk memenuhi cita-citanya yang tidak berkesudahan, manakala Son Ho Jun akan memainkan peranan sebagai suami Seo Jae Won, Heo Soon Young, yang turut hanyut dengan keinginan isterinya yang kuat.

Walau bagaimanapun, seiring dengan berlalunya masa, Seo Jae Won akhirnya menyedari bahawa dia telah menjadi toksik, kerana obsesinya terhadap kejayaan. Dia cuba melarikan diri daripada keinginan dan obsesinya yang tidak sihat.

Jadi, buat peminat drama Korea, jangan lepaskan peluang untuk menonton drama-drama terbaru ini. Bagaimanapun, setiap siaran drama  tertakluk kepada sebarang perubahan daripada rangkaian penyiaran yang berkaitan. Penulis akan sentiasa kemaskini jika terdapat sebarang perubahan. Happy watching, guys! 

loading...