Nama G-Dragon memang hangat diperkatakan saat dia disiasat pihak polis berkaitan penyalahgunaan dadah pada 25 Oktober lepas. Terbaru, G-Dragon atau nama sebenarnya Kwon Ji Won melalui penasihat undang-undangnya Kim Soo-hyun dari K-One Chamber LLP telah mengeluarkan kenyataan rasmi pada 30 Oktober.
Ini adalah peguam penasihat Kwon Ji Yong (G-Dragon), peguam Kim Soo Hyun dari K1 Chamber LLP.
Seperti yang telah kami jelaskan, Kwon Ji-yong (G-Dragon) tidak menggunakan dadah.
Berkenaan dengan ini, Kwon Ji Yong melantik peguam dan menyerahkan kenyataan hasrat untuk kehadiran sukarela kepada Unit Narkotik Agensi Polis Metropolitan Incheon di Jabatan Siasatan Wilayah bersama peguam yang dilantik pagi ini.
Beliau melalui kenyataan kehadiran sukarela dan pendapat peguam, dengan tegas menyatakan hasratnya untuk disoal siasat secara sukarela dan memberikan kerjasama yang aktif dengan penyiasatan. Beliau ingin segera menjelaskan kebenaran melalui siasatan dan kemukakan fakta bahawa tuduhan yang dikenakan kepadanya adalah tidak benar. Oleh itu, Kwon Ji-yong secara sukarela menyerahkan semua maklumat yang diperlukan untuk siasatan dan juga menyatakan kesediaan untuk menjalani ujian rambut dan air kencing. Jadual waktu beliau untuk kehadiran sukarela pada masa ini masih dibincangkan.
Laporan palsu dalam bentuk video di YouTube yang berleluasa kini mengenai kes ini seperti pelantikan peguam yang merupakan bekas hakim perlembagaan dan bayaran peguam yang terlalu tinggi dikeluarkan tanpa berfikir panjang, kami ingin menjelaskan dengan jtegas bahawa ini adalah tidak benar sama sekali. Kami akan bertindak balas secara paksa terhadap penyebaran maklumat palsu dan fitnah.
– Kim Soo-hyun (Penasihat Undang-undang, Kwon Ji-Yong)
Nama G-Dragon telah diheret ke dalam kes dadah Lee Sun-kyun selepas Polis Incheon berkata mereka sedang menyiasat kemungkinan penglibatan selebriti Korea lain dalam kes itu. Buat masa ini, G-Dragon dan Lee Sun Kyun tidak dibenarkan meninggalkan Korea Selatan sepanjang proses penyiasatan berlangsung.
Sumber : 1 | 2