Drama popular Disney+ Hotstar, “Moving” mungkin akan disambung untuk musim yang terbaru – Penulis skrip & pengarang webtoon

Drama popular Disney+ “Moving” mungkin akan ada bahagian yang ke-2.

Pada 14 September, pengarang webtoon Kang Full, orang kuat di belakang cerita asal “Moving,” muncul sebagai tetamu di “MMTG.”

“Moving” Disney+ ialah drama aksi wira-wira tentang remaja yang mempunyai kuasa manusia luar biasa yang tersembunyi dan ibu bapa mereka yang, tanpa disedari, menyimpan rahsia yang menyakitkan dari masa lalu mereka. Mereka akhirnya bekerjasama untuk memerangi kuasa gelap yang kuat yang mengancam berbilang generasi merentasi era yang berbeza. Drama ini menampilkan barisan pelakon yang terdiri daripada Jo In Sung, Han Hyo Joo, Ryu Seung Ryong, Cha Tae Hyun, Go Yoon Jung, Lee Jung Ha, Kim Sung Kyun, Ryu Seung Bum, Kim Hee Won, Moon Sung Geun, Kim Do Hoon, dan ramai lagi.

Semasa temu bual, Kang Full berkongsi bahawa Jo In Sung adalah orang pertama yang ditawarkan untuk drama itu.

 

Peranan Kim Doo Shik (Jo In Sung) telah dibincangkan dengan pasukan produksi, dan dalam masa seminggu sahaja, kami mendapat panggilan untuk bertemu. Jo In Sung cakap dia dah baca webtoon asal dalam masa dua hari dan terus menyatakan bahawa dia setuju bintangi drama itu.

– Kang Full

Kang Full juga menyatakan kebimbangannya semasa proses pencarian pelakon. Dia mendedahkan bahawa dia bimbang jika Han Hyo Joo akan menolak peranan sebagai ibu dipertengahan umur.

Semasa pertama kali bertemu dengan Han Hyo Joo, saya memang nak sangat dia membawakan peranan Lee Mi Hyun. Jadi, saya buat sehabis baik untuk memujuknya. Saya siap memaklumkan kepadanya bahawa watak suaminya akan dilakonkan oleh Jo In Sung.

– Kim Full

Untuk watak yang di lakonkan oleh Ryu Seung-beom sebagai Frank, ia dilakukan melalui pengarah filem Ryu Seung-wan. Kang Full berkata, “Saya kenal dengan pengarah Ryu Seung-wan. Saya juga merekrut Ryu Seung-beom melaluinya. Saya rasa saya menggunakan semua connection saya.”

Kang Full mendedahkan bahawa adegan ciuman antara Kim Doo Shik dan Lee Mi Hyun (Han Hyo Joo) dirakam dengan sengaja pada hari-hari istimewa seperti Krismas dan Tahun Baru. Dia berkongsi, “Saya rasa ia adalah niat pengarah. Suasana pasukan produksi sungguh hebat. Pelakon juga melakukan Secret Santa pada Krismas.

Mengenai episode akhir “Moving” yang akan datang, Kang Full berkongsi, “Tiga kisah akan diceritakan sekaligus. Ketiga-tiganya adalah cerita yang straightforward. Ia adalah pengakhiran yang sebahagiannya berbeza daripada yang asal, dan saya fikir ia akan menjadi pengakhiran yang penonton inginkan.”

Mengenai kemungkinan “Moving” akan ditayangkan untuk beberapa musim, Kang Full menjawab, “Webtoon sudah mempunyai cerita sebelum dan selepas [drama itu berlangsung]. Saya rasa ada kemungkinan. Tapi saya pun tidak pasti.”

Tiga episod terakhir “Moving” akan disiarkan pada 20 September.

Sumber : 1- Foto kredit iMBC